Janda kelawar paling popular
Rabu, 22 Februari 2017 @ 9:10 AM
Ampang Jaya: Dia kerap muncul dengan berpakaian baju tidur labuh untuk mengaburi kegiatan jenayah dilakukan.
Itu antara taktik seorang ‘janda kelawar’ yang dikesan menggunakan busana itu untuk mengambil dadah yang diletakkan penjual di tong sampah berhampiran kediamannya.
Malah, janda terbabit didakwa popular dalam kalangan penagih di Taman Cempaka, di sini, selepas dikesan sering menjadikan rumahnya sebagai sarang melepaskan gian beramai-ramai.
Wanita berusia 45 tahun itu yang menyewa bilik di rumah kedai di kawasan itu turut menyediakan dapur kepada penagih untuk memasak syabu.
Dia yang menjadi janda sejak 14 tahun lalu difahamkan bermurah hati apabila turut memberi hutang kepada rakan penagih yang tidak mempunyai duit untuk membeli dadah.
makan tahun nak pulih.. family support pun penting..masuk pusat pun kdg bila keluar ambik lagi.. kena pantau la ..tak semua yg berjaya..klu berjaya mmg aku salute..
lame jgk tu...yup support sistem pun kena mantap..sbb bile kluar centre sape lagi yg bleh terima sorg bekas penagih dadah seadanye kalau bukan family sndiri..?..
any sort of subtance abuse mmg susah nak buang mcm smoking ke alcohol..tp rasanye yg paling susah dadah..