CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4281|Reply: 39

[Tempatan] Mak Bedah muncul kembali (EDISI WASPADA)

[Copy link]
Post time 22-2-2017 03:34 PM | Show all posts |Read mode
senangnya hidup dengan menipu mak bedah oiii...
yang jadi mangsa pun mudah tertipu..




                              Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]
              
   
   
Seremban: Selepas setahun ‘menghilangkan diri’, seorang wanita berusia 43 tahun yang dikenali sebagai Mak Bedah muncul kembali apabila dipercayai memperdaya mangsa di sekitar Lembah Klang.

Mak Bedah yang dipercayai terbabit dengan puluhan kes penipuan dikatakan melarikan diri bersama anaknya dengan menyewa beberapa rumah di sekitar ibu kota selepas tembelangnya menipu mangsa di negeri ini, tersebar.

Difahamkan, wanita terbabit giat memperdayamangsa baru menggunakan modus operandi sama termasuk menyamar kerabat raja, bekas isteri pelakon era 1990-an dan mendakwa menghidap penyakit jantung untuk menarik simpati.

Mangsa terbaru Mak Bedah yang mahu dikenali Liza, 46, berkata, dia rugi RM3,000 akibat diperdaya wanita itu.

Liza berkata, dia mengenali Mak Bedah apabila wanita itu menghubunginya untuk menyewa tiga bilik yang diiklankan melalui  laman web.
“Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Puteri Aida Asyikin dan mahu menyewa bilik itu. Puteri memasukkan RM3,240 ke akaun adik saya sebagai pendahuluan, tetapi apabila disemak wang itu tiada dalam akaun.

“Puteri memberi alasan akaunnya disekat pihak istana dan berjanji  membayar semula. Saya percaya  dan membenarkan dia serta dua anak perempuannya tinggal di bilik itu,” katanya.

Malah, katanya, wanita itu meminjam  ratusan ringgit daripadanya dalam tempoh berkenaan dengan  alasan semua akaunnya   disekat dan berjanji  membayarnya semula apabila masalah itu selesai.

“Puteri mendakwa melantik saya dan seorang rakan sebagai pemegang amanah.  Puteri menghantar WhatsApp memberitahu ayahandanya  memasukkan wang RM3 juta ke akaun rakan saya dan mengirim gambar resit bank sebagai bukti pembayaran,” katanya.




            Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 5:22 AM   
  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya mak Bedah ni main hembus2 jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:43 PM | Show all posts
hmmm...mudah betul terpedaya kan....
ke puteri aka mak bedah ni suka pukau org
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 03:45 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 22-2-2017 04:41 PM
rasanya mak Bedah ni main hembus2 jugak..

hembus2 angin sepoi2 ke haper tu?
Pelik gak tuan rumah tu x syak apa2.
klu dh rumah sewa pun tak bayar then asyik pinjam duit tuan rumah, haruslah ada sesuatu, ye tak?
pelikkkkk

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:45 PM | Show all posts
kenapa la mudah sangat percaya orang..
nak bayar bilik pun tak mampu lagi mau bagi 3 juta..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:45 PM | Show all posts
tak ada gmbar mak bedah puaka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2017 03:45 PM | Show all posts
dh boleh tukar nama jd mak esah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 03:47 PM | Show all posts
krustykrab replied at 22-2-2017 04:43 PM
hmmm...mudah betul terpedaya kan....
ke puteri aka mak bedah ni suka pukau org

macam tak percaya jer pukau memukau nih..
kat mana agaknya dia menuntut ilmu pukau ni eik?
harapnya cepat2 la polis tangkap mak bedah ni sebelum dia memukau mangsa yang lain.
katanya mak bedah ni 2 beranak.
so kepada sesiapa yg nak sewakan rumah, sila selidik latar belakang penyewa anda.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Negro tu, cuma negro pandai cakap Melayu agaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 03:48 PM | Show all posts
kaspar0v replied at 22-2-2017 04:45 PM
tak ada gmbar mak bedah puaka?

tunggu tuan rumah ni share gmbar mak bedah esah ni.
harapnya jangan la bertambah bilangan mangsa dalam keadaan ekonomi yg sangat teresak nih..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 03:49 PM | Show all posts
cocorex replied at 22-2-2017 04:45 PM
dh boleh tukar nama jd mak esah



mak esah tu lagi sesuai kan??

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan @Bedah.Cun kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:54 PM | Show all posts
kaspar0v replied at 22-2-2017 03:45 PM
tak ada gmbar mak bedah puaka?

cer tanya @Bedah.Cun


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:54 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-2-2017 03:45 PM
kenapa la mudah sangat percaya orang..
nak bayar bilik pun tak mampu lagi mau bagi 3 juta..

itu lah pasal.

ke terpesona sgt sb dia tu ngaku kerabat2???

hadap sgt nk rapat ngn VIP gamaknya....

kita ni kalau dh bg pinjam2 duit tu banyak, usahlah pcaya kerabattttt la sgt. lagi kan org tu tabur2 duit (bagi meyakinkan dia kaya a.k.a lifestyle kerabat) pun kte kena ragu2 sb kena anggap duit yg nampak dimewah2kan sgt tu sebagai UMPAN.

entah lah, kite ckp mcm ni kte kte x paham dan x duk tempat dia plk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:56 PM | Show all posts
takkan sesenang tu je tuan rumah siap bagi pinjam duit. duit rumah sewa pun mak bedah tu boleh kelentong lagi kata nanti bayar, pastu siap pinjam duit tuan rumah pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:58 PM | Show all posts
Apai90 replied at 22-2-2017 07:52 AM
Ni bukan @Bedah.Cun kan

no wonder kaka  @Bedah.Cun dah lama x nampak bergentayangan di porem....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 04:00 PM | Show all posts
chinta89 replied at 22-2-2017 03:54 PM
itu lah pasal.

ke terpesona sgt sb dia tu ngaku kerabat2???

orang tamak selalu rugi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 04:00 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 22-2-2017 03:49 PM
mak esah tu lagi sesuai kan??

mmg sesuai sbb senang2 jer akak tu bleh bg pinjam duit kt mak esah tu... esahh sgt tau
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 04:02 PM | Show all posts
kemain lagi bedah cun........dok menggelijat dekat forum rupanya sewa bilik pun tak mampu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 22-2-2017 03:45 PM
hembus2 angin sepoi2 ke haper tu?
Pelik gak tuan rumah tu x syak apa2.
klu dh rumah sewa pun tak ...

tulah.. harap2 tupai jatuh ke tanah jua nanti..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.087922 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list