Tindakan seorang suami di Kangar membakar motosikal isterinya mengundang padah apabila dirinya sendiri disambar api.
Menurut laporan Berita Harian, suspek yang berusia 32 tahun itu berang kerana isterinya melahirkan anak hasil dari hubungannya dengan lelaki lain.
Suspek yang melecur separuh badan itu juga naik angin apabila si isteri mahu menggunakan namanya sebagai bapa dalam sijil pendaftaran kelahiran.
Wari Kiew, Foto: Berita Harian
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata, "Berdasarkan siasatan, pasangan suami isteri ini tidak lagi tinggal bersama sejak dua tahun yang lalu dan pada masa yang sama isteri suspek menjalinkan hubungan bersama lelaki lain."
Suspek kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. -CARI |