CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7944|Reply: 55

Marah bagi burger pada polis dulu, akhirnya dua pelanggan malu besar

[Copy link]
Post time 23-2-2017 10:42 AM | Show all posts |Read mode








Aku melabuhkan punggung di atas batas batu di kaki lima 7-Eleven. Street food paling sedap kalau dinikmati di tempat ia disediakan; iaitu di tepi jalan. Kalau makan di tengah jalan, itu namanya gonjol.




Sewaktu aku keluarkan bekas polisterin yang tertulis “DDS” daripada plastik, kelihatan sebuah kereta polis peronda menghampiri gerai beger di mana aku beli beger daging double special ni tadi.




“Alamak, awal pula hari ni. Selalu pukul 10 baru sampai. Tak siap lagi ni.” ujar si peniaga beger.




“OK. Kami pergi ronda dulu. Sekejap lagi kami datang balik” balas salah seorang abang polis di dalam peronda tersebut sebelum beredar.




Regular customer kot.




Macam lipas kudung peniaga beger tu siapkan tempahan polis-polis tadi. 2 beger daging, 2 beger ayam. Aku perasan dia sapu mentega lebih banyak daripada beger-beger dia buat sebelum ni. Tomato 2 potong, sayur berimbun, senang cerita segala ramuan lebih banyak daripada biasa.




5 minit kemudian, peronda tadi kembali lagi.




“Nah! Kirim salam pada dorang semua” kata peniaga beger itu sambil hulurkan beger ke tingkap kereta peronda yang terbuka luas.




Setelah peronda itu beredar, peniaga tadi sambung semula siapkan tempahan para pembeli yang sudah lama menunggu.




“Apa ni bang! Kenapa buat si anjing-anjing tu punya dulu? Siap abang buat dorang punya semua lebih. Dah la dorang tak bayar!” kata seorang pelanggan yang dari tadi menunggu di atas motorsikal, meluahkan ketidakpuashatiannya.




“Tu la pasal! Jangan bagi muka sangat!” tambah si pembonceng kepada pelanggan tadi.




“Korang pun nak macam dorang punya ke? Boleh. Aku belanja. Tak payah marah-marah.” respon si peniaga.


“Eh, tak payah, bang. Kitorang bukan kaki pow macam dorang”


“Dorang bukan pow aku. Dorang tolong aku je” si peniaga menidakkan tuduhan itu.


“Kalau bukan pow, tadi tu apa? Bayaran perlindungan?”


“MashaAllah! Apa korang merepek ni? Beger tadi tu bukan untuk doranglah. Bini aku sakit, dia dekat hospital. Kat rumah tak ada orang masak. So, beberapa hari ni aku minta tolong polis-polis tu hantarkan makanan kat anak-anak aku kat rumah.”


Jeng jeng jeng!


Terus berubah muka dua orang pelanggan tadi. Kalau aku jadi dorang, aku tak tunggu beger aku siap. Aku bayar, pastu terus naik motor, chow balik rumah, cebur muka dalam mangkuk tandas, lepas tu flush!


Lain kali jangan main serkap jarang. Jangan tuduh melulu. Apa yang kita nampak, mungkin hanya sebahagian daripada apa yang berlaku. Jadi, jangan cepat sangat buat kesimpulan, terutamanya kalau ia melibatkan perkara-perkara buruk.


Anggota-anggota polis tadi menjalankan tugas mereka dengan baik, menghulurkan bantuan kepada komuniti, tapi dituduh pula tidak berintegriti kerana memeras ugut. Malah, digelar anjing pula.


Bukan semua anggota PDRM tu Unit K9, tau!


Tak apa abang-abang polis. Selagi korang “Tegas , Adil dan Berhemah”, aku dan rakyat Malaysia akan doakan korang sentiasa dirahmati Allah.


Drama dah habis, aku pun bangkit dari tempat duduk. Terkejut aku tengok beger DDS aku tadi dah bertukar jadi popcorn. Bila masa aku beli bertih jagung, Tuhan je tahu.



Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 10:47 AM | Show all posts
oiiii  maluuuuunyeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:51 AM | Show all posts
Memang kena eja 'beger' ke.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:53 AM | Show all posts
sedih pulak cerita nih..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:54 AM | Show all posts
ni kisah benar ke kisah hasanah lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 10:56 AM | Show all posts
sebak meols baca. Terharu lah dgr berita camni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2017 11:26 AM | Show all posts
uittt malu besar
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:33 AM | Show all posts
anak2 dia makan berger hari2...jenuh muak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 11:40 AM | Show all posts
Nmpak sgt kelentong nye

dah mcm piza delivery plak antara

abam2 polis

peronda nye tugasan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 11:56 AM | Show all posts
hmm bersama mu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 12:07 PM | Show all posts
ke coner citer hihi , ape pon jgn lah mudah salah sangka yea
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 12:19 PM | Show all posts
Tak kira la cerita betui ka tipu tp pengajaran nya kt situ..

Dulu penah dgr ustad punya kronologi cerita yg boleh jatuh fitnah kalau x selidik betul2..menarik cerita dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh ade ke polus baik hati tlg htr beger kat rumah peniaga ...

Mcm hasanatulkarangan je
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rekaan semata maa kehhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 01:57 PM | Show all posts
ni kalau cerita betul, memang malu ler brader dua tu. dah ler siap panggil anjing bagai, kemain mulutnya mengata pun. ish ish ish.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 02:13 PM | Show all posts
Sebab tu jangan mudah buruk sangka kalau belum tahu citer sebenar.  Dalam masyarakat sekarang ni ramai dah terjangkit dengan penyakit buruk sangka ni bila dah kantoi sendiri yang malu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 02:14 PM | Show all posts
ye ye la cite ni...rajin plak polis tu nak jadi delivery boy  hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 02:47 PM | Show all posts
kenapa meols ternangis
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 03:16 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 23-2-2017 10:51 AM
Memang kena eja 'beger' ke.

abih tu, eja camni bleh... BEGEmbira.hehehehehe



Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 03:16 PM | Show all posts
hasanah x hasanah
tapi realitinya ada aje orang panggil polis tu anjing kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.681918 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list