Edited by CARI-MRO at 24-2-2017 10:12 AM
Foto: IG Nazim Othman
Kecoh dengan pelbagai spekulasi tentang rumah tangga yang dikatakan goyah sebelum ini, Nazim Othman tampil memberikan penjelasan.
"Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami. Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja," jelasnya pada Harian Metro.
Foto: IG Nazim Othman
Malah menurut aktor drama Lara Aishah ini juga dia tidak suka terlalu berkongsi hal peribadi kepada umum.
"Dari dahulu lagi saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama. Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut."
Empunya diri sudah tampil memberikan penjelasan, jadi orang di luar sana sudah boleh berhenti menyebarkan berita yang tidak benar ya. -CARI
Foto: IG Nazim Othman
Nota kaki: Wartawan CARI terpaksa buka Thread baru disebabkan thread lama tak boleh digenerate ke portal. Terima kasih |