|
Edited by yezakam at 6-3-2017 08:12 AM
UPDATE 6/3/20167
Jumaat lepas kejadian berulang kembali. Allah risau sebab dah makin kerap terjadi. Semalam hari Ahad aku bawak anak aku pergi Darussyifa. Ustaz situ ada baca ayat Quran dan bagi air dan pewangi untuk digunakan dalam rumah aku.
Alhamdulilah malam tadi anak aku tido lena. Aku bangun pun hati tenang. Harap semuanya dipermudahkan untuk kami sekeluarga.
Terima kasih pada para sahabat yang berkongsi pengalaman dan berkongsi ilmu walaupun kita saling tak berkenalan.
Memang terbaik dan sporting lah korang. hehehe
Assalamualaikum.
Maaf kalau di sini bukan tempat yang sepatutnya aku bukak topik ni.
Nak kongsi cerita, malam tadi anak aku susah nak tido dan menangis tak henti henti.
Ok ceritanya macam ni. Semalam aku dan isteriku serta anaku yang berusia 5 bulan pulang ke rumah mertua aku. Waktu tu dah nak maghrib. Ketika nak sampai depan rumah mertua, kebetulan mertua aku baru pulang bersenam dekat tasik di kawasan perumahan. Macam biasalah atok nenek mana yang tak gembira melihat kepulangan cucu mereka kan. Tapi dieorang tak sambut terus (means dukung anak aku) sebab berpeluh cuma tegur macam biasa. Kami pun berborak di halaman rumah.
Lepas makan malam bersama, aku perasan yang anak aku ni menangis. Tapi bukan menangis yang nak susu atau nak tido. Merengek dan pekik yang kuat. Selalunya tak macam tu. Aku kenal anak aku. Tapi aku masih berjaya pujuk anak aku. Dalam kol 11.00 malam kami pun pulang ke rumah. Tak tido rumah mertua sebab esok nak keje (means harini la). Otw balik dalam kereta, anak aku ok normal tak menangis.
Dah sampai rumah, pun okay. Alhamdulilah. Wife aku pun tidokanlah anak aku macam biasa. Anak aku pun tido macam biasa. Tengah malam dalam kol 1 macam tu, anak aku terjaga, terus menangis. Biasanya kalau anak aku terbangun menangis hek hek tu biasa la nak susu. Ni terus terpekik. Kebetulan aku tak tido lagi sebab lipat baju kat bilik sebelah (baju menimbun). Aku dengar, aku biarkan dulu ingat menangis nak susu. Tapi menangis lama semacam dan terpekik. Terus aku bergegas dapatkan anak aku. Wife aku masa tu dah buntu nak buat apa sebab anak aku taknak susu, dukung pun menangis kuat.
Aku pun amek la anak aku dukung dan cuba untuk pujuk. Tapi semakin aku pujuk, semakin kuat dia menjerit dan pekik. Allah. Tak pernah anak aku macam ni. Dalam hati aku, aku bertawakal kat Allah. Sambil aku dukung anak aku tu, aku bacakan Surah Al-Fateha. Aku tiupkan kat umbun umbun anak aku. Masih menangis anak aku. Aku ikhtihar. Aku azan. Aku azan dengan suara yang garang, tapi perlahan. Masa aku azan tu, anak aku lagi kuat menangis. Aku tekad, aku kena habiskan azan aku. Masa "Allahu Akbar Allahu Akbar, Laa ilahaillah..", terus anak aku berhenti menangis. Terus senyap ! Takde menangis terpekik lagi dah. Terus tak menangis. Aku macam tak percaya betul ke ni. Aku lega. Aku azan kali ke 2, kali ke 3, sehinga kali ke 5. Kenapa 5 kali aku azan, sebab aku azan sampai anak aku tido dan rasa tenteram. Anak aku dah tido. Wife aku masa tertido mungkin sebab kepenatan.
Aku kejutkan wife aku sebab nak letak anak aku kat tilam. Kalau anak aku terjaga, boleh cepat cepat susukan dia sambil dalam posisi nak tido. Alhamdulillah. Anak aku terjaga tapi terus susukan dia. Takde dah menangis mnejerit pekik bagai. Aku tanya wife aku, "yang, perasan tak masa abang azan tadi, anak kita menangis kuat. Tapi nak habis azan, anak kita diam.." wife aku cakap dia perasan. Wife aku bagitahu, masa azan pertama, dia rasakan panas kat tengkuk dia. Masa aku azan kedua, dia rasakan benda panas tu naik ke kepala dia. Masa aku azan kali ketiga, wife aku cakap benda tu pelan pelan naik ke hujung kepala dan hilang. Satu perasaan lega wife aku bagitahu. Aku pun tak tahu. Tapi Aku syukur anak aku dan wife aku dah ok dan takde apa apa berlaku kat kitaorang. Alhamdulillah.
Aku pun terus sambung siapkan keja aku tadi lipat baju yang berbakul..
Masa kau lipat baju tu, aku dapt rasakan benda tu ada. Sebab apa, sebab kat belakang aku ni rasa geli meremang bulu roma. Aku azan lagi sekali. Alhamdulillah. Lama lama perasaan tu dah tiada.
Aku pelik. Kenapa benda ni terjadi.. Menjadi persoalan.. Mungkin yang ada pengalaman macam aku ada jawapannya...
|
|