View: 12350|Reply: 47
|
Sudah Ajal, Bapa Rusdi Ramli Menghembuskan Nafas Terakhir
[Copy link]
|
|
Malang memang tak berbau. Ajal maut pula boleh menjemput bila-bila masa. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah Ramli Ismail yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi tadi.
Foto: Harian Metro
Aktor veteran Ramli yang juga merupakan bapa kepada pelakon Rusdi Ramli meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari kediamannya di Damansara ke Hospital Sungai Buloh.
Menurut Harian Metro, bekas isteri arwah yang juga pelakon veteran iaitu Norlia Ghani berkata arwah meninggal pada usia 78 tahun.
"Saya dimaklumkan arwah terjatuh ketika nak ke bilik air awal pagi tadi. Selepas itu dia terus tak sedarkan diri. Anak arwah cuba memberikan bantuan pernafasan melalui mulut (CPR) tapi gagal.
"Kemudian mereka (anak dan isteri) menghubungi ambulans dan arwah dikejarkan ke Hospital Sg Buloh. Namun arwah tak dapat diselamatkan," katanya kepada Harian Metro.
Foto: BH Online
Tambah Norlia, Allahyarham yang dimandikan di Masjid Damansara Damai dan dikebumikan di kawasan berhampiran tidak menghidap sebarang penyakit.
"Mungkin ini sudah ajalnya. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya.
Terdahulu, Norlia dan Allahyarham berkahwin pada 1969 dan dikurniakan empat anak iaitu Rusdi, Romiza, Eddie dan Amy. Selepas mereka bercerai pada 1986, Allahyarham berkahwin kali kedua dan dikurniakan anak lelaki yang kini berusia 23 tahun.
Foto: IG Rusdi Ramli
Memetik laporan BH Online, Ramli Ismail atau lebih dikenali sebagai Ramli Kechik pernah berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Nasib Do Re Mi, manakala menerusi filem Laksamana Do Re Mi, dirinya memegang watak Perdana Menteri Negara Pasir Berdengung.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..smg dipermudahkan segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jerukkedondong at 27-2-2017 06:26 PM
Al Fatihah...semoga Allah permudahkn semua urusan dia di alam barzakh..
btw..comel giler anak Rusdi tu..tu ank dia dgn sharon ke |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihi rojiun
Smga roh allahyarham ditempatkan dikalangan roh orang2 yg beriman...
Al fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga RR. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah..
Baru tau arwah ayh dia pelakon..aku try nak recall yg mana satu arwah dlm filem nasib n laksmana do re mi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mati2 aku ingatkan bapa rusdi ramli ni dah lama meninggal.. Tak pernah dgr pasai bapak dia.. Yg tau norlia ghani je. Bapak dia ni berlakon citer yg ajak pak meon gi disko |
|
|
|
|
|
|
|
Acik norlia tak remarry ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Moga ditempatkan bersama org yg soleh |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Moga ditempatkan bersama org yg soleh |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihi rojiun.. salam takziah..
smga rohnya dicucuri rahmat dan ditmptkn dikalangan org2 yg beriman..
baru tau arwah pelakon jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 27-2-2017 07:27 PM
Mati2 aku ingatkan bapa rusdi ramli ni dah lama meninggal.. Tak pernah dgr pasai bapak dia.. Yg tau ...
Samalah
Apapun takziah. Mak bapak pelakon anak Rusdi ramli pun antara pelakon lagend tanah air |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..
sihat arwah semasa hayatnya..
umur 78 tahun tanpa sebarang penyakit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah rusdi.. arwah ni ke ramli jr dlm dokumentari p ramlee tu ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
stania83 replied at 27-2-2017 07:42 PM
Acik norlia tak remarry ya?
Pernah menjadi datin seketika dulu.
Kemain pakai skirt pendek.
I x sure datuk mana menjadi suami beliau masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah pd anda sekeluarga. Semoga dioermudahkan segala urusan ya |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainna ilaihiroji'un |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Takziah buat keluarga arwah. Al-fatihah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|