Gara-gara menari sambil menyiapkan mi, gaya spontan buat seorang chef berasal dari Chengdu, Wilayah Sichuan di barat daya China berjaya mencuri perhatian warga netizen di media sosial.
Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), paparan video chef yang berusia 31 tahun itu menjadi viral semasa sambutan Tahun Baru Cina.
Difahamkan, dia mula beraksi sedemikian mulai bulan Mac tahun lepas untuk menarik lebih ramai pelanggan berikutan perniagaan mengalami kemerosotan.
Beberapa penambahbaikan telah dilakukannya dari semasa semasa, antaranya seperti menggunakan muzik pop dan ekspresi mimik muka, termasuk juga memutar, melompat dan membentuk gaya gelombang ketika menghasilkan mi itu.
"Longevity noodles" adalah sejenis mi yang merupakan produk khas keluaran di pekan Huanglongxi dan mi berkenaan dibentuk daripada sehelai mi yang mampu menjadi semangkuk mi yang penuh.
Hasil video tersebut menjadi viral, menarik ramai pelancong datang mengunjung ke pekan itu semata-mata untuk berjumpa dia.
Selain itu, dia juga terima tawaran kerja yang sanggup dibayar gaji tinggi.
Bagaimanapun, dilaporkan kini lelaki itu masih kekal bekerja di restoran itu, tetapi dia berhajat untuk membuka kedai milik sendiri.- CARI