Anda pernah mengalami masalah kutil atau ketuat? Apa yang anda rasakan apabila mengalami masalah begini? Pasti sering berasa rendah diri terutama jika ia tumbuh pada permukaan yang mudah dilihat.
Memetik portal Lelaki Sihat, ketuat adalah sejenis virus dinamakan human papilomavirus yang menyebabkan ketumbuhan biji atau bintil daging kecil dan keras pada anggota atau tubuh.
Foto: Best Health and Beauty Tips
Jika terdapat ketulan daging kecil, keras dan kasar pada jari anda, itu merupakan ketuat biasa sementara ketulan daging berbentuk lebih halus yang tumbuh pada tapa kaki adalah ketuat plantar.
Foto: Mamalink
Foto: North Austin Foot & Ankle Institute
Selain itu, ketuat flat merupakan ketulan daging yang tumbuh pada permukaan tangan dan muka.
Foto: www.podoloog.net
Eee gelilah tengok ketuat! Tapi lagi haru kalau ketuat tu tumbuh pada anggota tubuh kita sendiri. Jadi cegahlah sebelum terlambat kerana ketuat juga boleh dijangkiti, tahu?
Ini cara mencegahnya:
1. Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain
2. Jaga kebersihan diri dengan baik dan teliti
3. Basuh dan keringkan tangan sekerap mungkin
4. Jangan berkaki ayam disekitar kolam renang
Foto: Carian Internet
Sekiranya anda terjangkiti virus ini, anda boleh merawatnya dengan mengambil ubat di farmasi dan mengikut arahan disediakan. Jika kurang yakin, dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor di klinik atau hospital. - CARI |