CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 1

Veteran UMNO, Mustapha Ya'akub Akui Terlibat Dengan Syarikat Korea Utara

 Close [Copy link]
Post time 2-3-2017 09:41 AM | Show all posts |Read mode

Pembabitan dalam menubuhkan syarikat International Global System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan ‘Syarikat Glocom’, sebuah syarikat komunikasi menjual peralatan radio tempur dari Korea Utara diakui oleh Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Ya’akub kelmarin.


Memetik laporan Sinar Harian, beliau menjelaskan, IGS ditubuhkan pada 2005 bersama dua orang rakan kongsi dari Korea Utara yang dikenalinya sebagai ‘Madam Ryang’ dan ‘Madam Pyon’ bertujuan bagi memasarkan produk keluaran syarikat Glocom.


Tambahnya selepas itu, IGS dikendalikan seorang lelaki warga Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chang-hyok, selaku pengurus perniagaan.


"Saya bersetuju bekerjasama dengan mereka selepas mendapati beberapa produk komunikasi yang ingin diperkenalkan mempunyai nilai kebolehpasaran di Malaysia dan rantau Asia."


Mustapha berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media asing yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dengan syarikat IGS dan Syarikat Glocom selain mempunyai hubungan dengan warga Korea Utara terbabit.


Sebelum ini, sebuah laporan berita antarabangsa memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa sebuah syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.- CARI

sumber foto: FMT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2017 09:48 AM | Show all posts
@spiderman80 bebenang dah ada dan telah ditutup

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1033187

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.047633 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list