CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9900|Reply: 96

"Mati Lagi Senang Dari Mengajar"-Punca Ramai Guru Nak Bunuh Diri

[Copy link]
Post time 3-3-2017 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita seorang guru yang cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 4 sebuah bangunan.


Bayangkan, seorang guru yang sepatutnya dijadikan suri teladan telah mengambil keputusan dan tindakan yang begitu dahsyat ini.


Namun, jangan sesekali kita menghakimi orang kerana pasti ada sesuatu yang tersirat di sebalik setiap kejadian.



Foto Hiasan



Sikap prihatin dan jiwa yang memahami bagaimana rasanya menjadi seorang guru, status yang ditulis pengguna Facebook menggunakan nama Cikgu Emmet Menulis ini menjadi tular di laman sosial.




Menurutnya, guru kini sudah hilang 'NIKMAT' dan 'GHAIRAH' semasa mengajar.


Kalau dulu profesion guru dipandang sebagai satu kemuliaan, namun kini ia adalah sebuah kerjaya yang berisiko tinggi untuk mengalami kemurungan sampai membawa kepada rasa untuk membunuh diri.






Mana tidaknya, zaman sekarang susah nak cari pelajar yang benar-benar menghormati guru. Malah kebanyakan ibu bapa hanya pandai menghentam dan memaki hamun guru yang ikhlas mengajar anak mereka di sekolah.


Tidak cukup dengan itu, guru dibebani pula dengan lambakan kerja dan pelbagai aktiviti sampingan sekolah, sampai ada yang mengabaikan tanggungjawabnya pada keluarga sendiri.




Luahan tentang realiti menjadi seorang guru ini mendapat pelbagai respon dari netizen.




Walau apa pun alasannya, kerjasama antara pelbagai pihak diperlukan dalam memartabatkan kembali kemuliaan dan kehormatan seorang guru.


Kita sama-sama bertanggungjawab dalam mengekang kejadian seperti membunuh diri di kalangan guru akibat tekanan yang terlampau dahsyat dalam bidang pendidikan ini. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2017 11:00 AM | Show all posts
semua kerja pun ada stress, bukan cikgu je bertabahla
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 11:04 AM | Show all posts
harrypoter replied at 3-3-2017 03:00 AM
semua kerja pun ada stress, bukan cikgu je bertabahla

Kan. Cuma kena pandai la manage stress tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 11:06 AM | Show all posts
smua jenis kerja ada tekanan...
& smua org ada masalah
tp bergantung pd diri masing2 nak handle kerja,
hati dan perasaan serta keluarga mcam mana..
kalau setiap masa, setiap hari fikir stress...stress..stress , stress la yg dtg
apa yg difikir sama spt doa
so fikir lah yg baik2, supaya yg dtg adalah yg baik2

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak cuba minta tukar mengajar kat sekolah lain?..mengajar kat sekolah kampung2 ke...mcm kampung tok aku..sek rendah anak murid tahun 5 ada 15 org je..mesti cikgu2 situ tak stress..kalau ada acara sukan or maulidur rasul kemain meriah..1 kampung dtg sekolah bergotong royong
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 11:16 AM | Show all posts
bkn org yg bkerja jer stress.. student pon stress jgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2017 11:27 AM | Show all posts
akak dengar cikgu cikgu bahan pengajaran pun kena guna duit poket .. stressnya dengar.. langsung xboleh claim
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 12:00 PM | Show all posts
cikgu yg mengajar kelas pendidikan khas lebih bahagia dari mengajar kelas biasa
mungkin kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapii gaji cikgu2 besarrr apaa...dah besar ganjaran, besar la tanggungjawab.ade ke keje tak stress? Lain profession lain cara nak handle stress..sila laa rujuk dgn  yang pakar.aku ade kwn mengajar kat Sekolah di Hutan Melintang..tiap2 tahun travel over the sea.mampu ponn.tapi tang stress nak tuding jari kt org lain plak yg kononnya jadi penyebab aka ibubapa?..cari solusi laa cikgu2 sekalian.kami pekerja sektor lain pon pandai2 sendiri je...toksah mintak matii lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 12:14 PM | Show all posts
dh rasa susah sgt jadi cikgu berenti je lah..keja lain. jadi cleaner ke, peon ke, x stress
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 3-3-2017 12:00 PM
cikgu yg mengajar kelas pendidikan khas lebih bahagia dari mengajar kelas biasa
mungkin kah?

Nope. Bagi aku lebih stress. Especially kalau ko bukan jenis panjang sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kata mati lebih senang dari mengajar, then ko pi mati je la dik. Dunia pendidikan takda tempat untuk pondan2 hati layu di pusara. Maaf ya cikgu Emmet tapi akak selalu menyampah baca nukilan ko. Ada unsur2 hiperbola overdramatik propah drama king sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 03:03 PM | Show all posts
chazey replied at 3-3-2017 02:26 PM
Nope. Bagi aku lebih stress. Especially kalau ko bukan jenis panjang sabar.

rakan2 saya ms study ramai yg jadi cikgu
selalu dgr komplen dr mereka yg mengajar sekolah biasa
"budak kurang ajar"
"budak melawan cakap"
student tak dengar kata"
bla..bla..bla..

tapi kawan yg ajar budak pendidikan khas
selalu jugak dengar dia cite
"budak bukak baju dalam kelas"
"budak terkencing"
tapi tak nampak dia menyampah dgn kejenya
nampak dia happy je cite
mungkin dia memang penyabar orangnya
atau dia redha, dah memang begitu budak2 tu
akal tak cukup
so apa nak dikata..

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 03:38 PM | Show all posts
Kenapa memilih jadi guru???????
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 03:45 PM | Show all posts
Semua kerja stress laa...pandai2 lah suaikan diri dalam bidang yg diceburi...aku pernah balik kerja pkul 11 mlm..esok kuar lepas subuh ..panjang cerita pulak ni kangg...aku bekas pekerja swasta..nasib aku tak mampos gantung diri..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 03:59 PM | Show all posts
Bagaimana dia tahu mati lagi senang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah....kesian cikgu ini. Orang dok mengata. Penyakit kemurungan/ depression jangan diambil mudah. Semua tindakan itu undercontrol. Bukan kehendak dia. Cuba jangan jadi bodoh dan komen tk tentu pasal. Pegi google apa itu penyakit kemurungan. Mana tahu esok lusa diri korang ke anak isteri adik beradik korang plak kena, dh tahu apa nk buat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 05:13 PM | Show all posts
chazey replied at 3-3-2017 06:30 AM
Dah kata mati lebih senang dari mengajar, then ko pi mati je la dik. Dunia pendidikan takda tempat u ...

Baru nak tag you bila baca tajuk!

Jgn dilayan manusia yg suka minta mati ni. Maaf cakaplah selalunya org yang announce nak minta mati ni dasar attention seeker. Nak kan perhatian dan belas ihsan masyarakat jah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-3-2017 11:27 AM
akak dengar cikgu cikgu bahan pengajaran pun kena guna duit poket .. stressnya dengar.. langsu ...

Ye hakak..btul...
Skang nk suh buat pdpc pak21
Pembelajaran dan pemudah cara pembelajaran abad ke21.
Nk kena ad reward chart,parking lot trafik lite etc.
Klo x sume tu,pengajaran ckgu gagal.nak xnk ckgu kena bli.kena buat sendri.
Cm aku..aku buat sendri..skali....kena koyak dek bdk.agk2 hangen x?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 06:30 PM | Show all posts
biler xde agama dalam hati memang gitu la

mati memang senang...kehidupan selepas mati camner lak gaya nya...nak return ke dunia dah x mungkin

*bagi umat Islam yg percaya kehidupan selepas mati....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.066381 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list