|
|
"Alhamdulillah selepas lima tahun saya belajar mengaji bermula dengan membaca Iqra saya berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu."
"Saya anggap khatam buat kali ketiga ini adalah hadiah bermakna bagi diri saya bersempena dengan sambutan hari lahir saya."
Demikian luahan hati penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor dalam majlis sambutan hari lahirnya yang ke-50 yang diadakan di ibu kota baru-baru ini, petik Mstar Online.
Rosyam sebelum ini pernah mendedahkan beliau tidak pandai mengaji sehingga usianya mencecah 45 tahun.
Kini sedang mempelajari bahasa Arab daripada seorang ustaz bagi mendalami dan memahami isi kandungan kitab itu, tambahnya.
Katanya lagi, dia perlu mempertingkatkan amalannya sebagai seorang Islam sebagai persediaan sebelum mati namun itu bukan bererti dia akan meninggalkan bidang seni.
Bercakap mengenai sambutan hari jadinya yang ke-50, tegas Rosyam, dirinya tidak mempunyai sebarang sasaran namun mengakui sudah sampai masanya dia sentiasa mengingati mati.- CARI
sumber foto : internet |
|