CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7205|Reply: 62

[Tempatan] Lelaki mental berkopiah putih melakukan khianat di premis perniagaan

[Copy link]
Post time 5-3-2017 04:21 AM | Show all posts |Read mode

https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=FIRJX8P4CCw
%5BIMG%5D%5B/IMG%5D
AFFENDEY YAACOB menunjukkan gambar seorang lelaki berkopiah merosakkan pokok hiasan di luar premis perniagaanya di Jalan Bayam Kampung Bayam, Kota Bharu, Kelantan semalam. MINGGUAN/ROSNI MASRI


KOTA BHARU 4 Mac – Siapa sangka seorang lelaki berkopiah putih dengan imej warak tergamak melakukan perbuatan khianat merosakkan pokok hiasan sebuah restoran di Jalan Bayam, di sini semalam.

Kejadian pada pukul 4.46 pagi itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar restoran berkenaan yang menjual makanan Barat, Korea dan Vietnam.

Pemilik restoran, Affendey Yaacob, 27, berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 3 petang hari sama ketika dia dan pekerja mahu membuka premis berkenaan yang beroperasi sejak sebulan lalu.

“Pada mulanya saya menyangka ini perbuatan budak-budak nakal melakukan vandalisme terhadap kedai, namun melalui rakaman CCTV saya terkejut apabila perbuatan itu dilakukan oleh lelaki berkopiah.

“Suspek menaiki motosikal jenis Modenas membaling sebatang kayu sepanjang semeter ke arah pintu sebelum mengambil semula kayu itu dan memukul pokok hiasan di hadapan kedai sehingga rosak,” katanya.

Menurut Affendy, itu merupakan kejadian kali kedua restoran miliknya menjadi mangsa khianat individu tidak dikenali.

“Sebelum ini saya terjumpa sebuah kotak berisi bangkai ayam masih berbulu di bahagian belakang kedai. Kejadian itu berlaku selepas empat hari saya membuka restoran ini.

“Saya tidak bermusuhan dengan sesiapa. Saya cuma mahu mencari rezeki halal,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Setapa Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan pihaknya sedang mengesan suspek berkenaan.

Rakaman CCTV memaparkan gelagat lelaki berkopiah tersebut kini menjadi tular selepas dimuat naik ke laman Facebook milik Affendey hari ini.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2017 04:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Apala pokcik kopiah ni xpuas hati?? Keranabisnes maju ka?? Perniagaan mamat ni xshariah compliance kah??
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni mesti Dari golongan andartu/antertu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
But why bangkai ayam, ugutan bunuh kah  ?  

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 teringat banh mi halal mkn kat ho chi minh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2017 07:32 AM | Show all posts
aku cuma nak tahu dari mana datang kayu itu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Uishh...sakit ati tgk org rosakkan pokok camtu, pasal aku mmg pecinta pokok
Pokok hiasan bukan murah tau, lg2 kalau yg dah besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2017 07:55 AM | Show all posts
redz85 replied at 4-3-2017 11:32 PM
aku cuma nak tahu dari mana datang kayu itu?

Suspek menaiki motosikal jenis Modenas membaling sebatang kayu sepanjang semeter ke arah pintu sebelum mengambil semula kayu itu dan memukul pokok hiasan di hadapan kedai sehingga rosak,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
redz85 replied at 5-3-2017 07:32 AM
aku cuma nak tahu dari mana datang kayu itu?

Ko tgk betul2 la dik. Pakcik tu sendiri yg baling. Baca komen ummah YouTube pun menjijikkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Pocit ni dah kenapa. Punyala pakai kopiah tapi hati tu berkeladak. Bawak bawak la insap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 5-3-2017 08:00 AM
Ko tgk betul2 la dik. Pakcik tu sendiri yg baling. Baca komen ummah YouTube pun menjijikkan.

Mule nk fitnah jin , kak lang dan cikpocong le tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai...
bila hati telah hitam....
ke bisned pokcik ni merudumdisebabkan kedai ni?
jadi dia marag la.....hahaha.....naseb la wahai pokcik...kesurupan dalam.lokap la.kau
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 09:20 AM | Show all posts
3.00 pg tu, sanggup.

tapi tgk cara jln mcm xsihat je...
kalau nk menebas, knp  xbawa parang pokcik oii..


apa2 pun dh jadi kes polis, biar polis menyiasat
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 09:40 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 5-3-2017 07:55 AM
Suspek menaiki motosikal jenis Modenas membaling sebatang kayu sepanjang semeter ke arah pintu seb ...

ok ok.. aku tengok tangan kiri dia.. tak nampak dia baling.. rupa nya tangan kanan .. thank you
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 09:41 AM | Show all posts
white_musk replied at 5-3-2017 08:00 AM
Ko tgk betul2 la dik. Pakcik tu sendiri yg baling. Baca komen ummah YouTube pun menjijikkan.


dah makan baru mata nampak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2017 10:01 AM | Show all posts
what is the because
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa ni
Pakcik ni mmg terpengaruh drama sngt
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
WajibulGhunah replied at 5-3-2017 02:01 AM
Apa ni
Pakcik ni mmg terpengaruh drama sngt

kan. i pun rasa macam pernah nampak scene be buang2 bangkai, pukul2 tanaman awal pagi.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dah lama tahu, org-orang mempamirkan diri. berimej agama sebenarnya manusia manusia paling jahat diakhir zaman..mereka bercakap dan berceramah di masjid dan surau mengenai kebaikan padahal mereka sendirilah yg melakukan kejahatan, nabi petnah sebut dalam hadis, ulama ulama akgir zaman adalah makhlyk paling jahat yg pernah dilahirkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056865 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list