Watak Wolverine yang dilakonkan oleh Pelakon kelahiran Australia, Hugh Jackman dalam filem siri X-Men bukan sahaja dianggap watak yang paling serasi dengan Jackman malah diminati oleh penonton siri X-Men di seluruh dunia.
Namun demikian baru-baru ini, ketika mengadakan promosi di Taiwan, Jackman memaklumkan bahawa filem terbaharunya bertajuk Logan, menjadi penampilan terakhirnya sebagai adiwira itu.
Memetik laporanIndian Express Entertainment, dalam satu temubual baru-baru ini. ketika ditanya mengenai penampilan terakhir beliau sebagai Wolverine/Logan dan perasaannya melihat aktor lain melakonkan watak adiwira itu, Jackman, spontan menjawab: "Mungkin Shah Rukh Khan boleh membawakan watak itu."
Susulan itu, hasrat melihat bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, memegang watak Wolverine diketahui umum, serta-merta menerima reaksi yang berbeza di kalangan peminat siri X-Men.
Bagaimanapun, rata-rata peminat filem Bollywood menyambut baik cadangan Jackaman itu.
Pelakon sasa itu sudah sembilan kali membawakan watak Wolverine dalam siri X-Men.
Logan, yang diarahkan James Mangold dan turut dibintangi Dafne Keen dan Patrick Stewart, mula ditayangkan semalam. Jackman mula melakonkan watak itu dalam filem X-Men yang diterbitkan pada 2000.- CARI
Post time 5-3-2017 09:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Oke. Selame ni mmg aku benci tgk filem hindustan yg merepek2 ada nyanyian semue tu dan x pernah minat srg pun pelakun India ni tapi kalau untuk citer x Men aku boleh terime Shah rukh khan kalau dia setaraf hugh jckman
Post time 5-3-2017 10:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Hugh jackman just sarcasm la! Dia just nak troll reporter sbb SRK sgt hauk. Geli i bayangkan SRK bawak watak logan tangan keluar besi tapi mate berair bibir terjungkit sikit2 nangis teringatkan kajol!
Memanglah Jackman cakap macam tu sebab interview tu dibuat di India oleh pengacara India.
Kalau Jackman pergi promote filem Logan di Venezuela ke, Mexico ke atau Zimbabwe ke kalau ditanya solan yang sama, pasti Jackman akan menamakan pelakon terkenal tempatan sebagai penganti beliau untuk watak Wolverine. Kan? kan?
Kalau Jackman datang ke Malaysia dan ditanya soalan tu, tak hairan beliau akan menamakan Aaron Aziz atau busuk-busuk pun Saiful Apek sebagai penganti beliau.
Sebagai pemenat tegar Hugh Jackman & Wolverine... ai bantah... x sesuai oittttt... Jackman umur dh 49 pun sedar diri nk bersara dari role Wolverine... SRK dh nk masuk 52 kot.. Where is the logic?????!
Your time is overrr, pacit SRK.. better fokus your role jadi bapak2 jah instead of role streotype jejaka2 romeo terlajak usia... superhero apatah lagi... forget it, dude! Sila berguru dgn pacit Aamir Khan. Ok bai.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Setuju dengan @RatuDunia94 dan @babydoll , Rosyam Nor lebih sesuai untuk watak Wolverine kalaulah mereka mahukan pelakon Malaysia memegang watak tersebut.