CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12756|Reply: 103

Krisis Malaysia - Korea Utara Semakin "Panas", Rakyat Risau Andai Nega

[Copy link]
Post time 8-3-2017 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Kim Jong Nam dibunuh di KLIA pada 13 Febuari lalu. Foto - TribunWow.com




Semenjak terjadinya pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 13 Febuari lalu, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara semakin tegang.


Kerajaan Malaysia dengan tegas menolak desakan Korea Utara untuk menyerahkan mayat Jong Nam kerana mangsa perlu dibedah siasat terlebih dahulu. Tindakan yang diambil oleh Malaysia adalah mengikut undang-undang yang sedia ada dalam negara ini. Pihak PDRM turut mengatakan tanpa penyerahan sampel DNA dari keluarga mangsa, kerajaan Malaysia tidak akan menyerahkan mayat mangsa kepada Korea Utara.


Keadaan "menjadi lebih panas" apabila kerajaan Malaysia mengisytiharkan "persona non grata" kepada Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol. Tindakan "usir dalam tempoh 48jam" itu dikeluarkan oleh Wisma Putra kerana secara umumnya Kang Chol telah mengkritik siasatan Malaysia berhubung pembunuhan abang tiri Kim Jong Un.


Duta Korea Utara Kang Chol





Sebagai reaksi balas, Korea Utara turut mengisytiharkan "persona non grata" kepada Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad dan diberi tempoh 48jam untuk meninggalkan Korea Utara.


Duta Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad



Tidak terhenti setakat itu sahaja, Korea Utara "semakin menggila" apabila mengeluarkan larangan kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu. Memetik agensi KCNA, tindakan itu mungkin satu cara untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan ketika sengketa diplomatik antara kedua-dua negara semakin buruk.


Korea Utara sememangnya terkenal dengan kegilaan pemimpinnya yang disifatkan sebagai "tidak makan saman" dan negara diktator paling gila didunia.


Negara komunis itu turut memiliki kekuatan tentera yang besar serta didakwa memiliki senjata nuklear. Korea Utara juga sering dikecam masyarakat antarabangsa kerana selalu mengingkari resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan melancarkan ujian roket jarak jauh (balistik).






Tindakan Korea Utara yang angkuh itu dianggap sebagai satu provokasi dan boleh mengancam kestabilan serantau serta dunia.



Disaat ini, perkara yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia adalah kemungkinan berlakunya konflik persenjataan antara Malaysia dan Korea Utara.

Berikut adalah antara reaksi rakyat Malaysia yang melahirkan kebimbangan mengenai ketegangan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara. Tidak kurang juga yang mengaitkan krisis ini dengan isu politik dan permulaan perang dunia ketiga (WW3).






















Walau bagaimanapun, hentikanlah sebarang spekulasi, "lawak bodoh" atau memandang rendah keupayaan tentera kita. Jadilah seorang yang patriotik dan sama-sama kita doakan agar krisis yang kian meruncing ini dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan perperangan. - CARI








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Korea negara hamba seks mana tau perang
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tt dan kebodohan nya. sila meninggal sebelum  malaysia diserang
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang lah risau. aku tak merasa lagi malam pertama. tengah kumpul duit.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 02:42 PM | Show all posts
Ramai yang jahil dengan kemampuan tentera malaysia.......aku nak salahkan kerajaan lah tak bagi publisity pada tentera, atau ummah yg jadi keyboard warrior ni tak pernah tgk ulang tahun ATM punya perarakan???? ke tak tau, apa itu BVR, WVR, AMRAAM (AIM 120 C7), AMRAAMski (R77),KNIRTI SAP-518, exocet blk. II, NSM, VL MICA, blackshark, SM-39,Seawolf, KH-59, PavewayII, ingwe anti tank missile (just to name a few) ... kalau radar PESA (N011M) ,sea giraffe, Smart-S mk II , VERA-E dll

kapal selam kita second hand????? jet kita second hand?????


memang parah lah pengetahuan ummah kita ni dekat ATM, memang kerajaan kena bentang white paper di parlimen dan buat sikit publicity lah untuk ATM ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dimanakah terletaknya kekuatan Korea Utara, pada senjatanyakah? Pada tenteranyakah atau pada pemimpinnyakah? Sila jawab ahlil nujum negara...

Kekuatannya terletak pada huruf 'K'. Jika ditukar kepada huruf 'B' ia akan menjadi Borea Utara, anda kenal Borea Utara?

-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2017 03:04 PM | Show all posts

"Ya. Kenal.."

shark replied at 8-3-2017 02:57 PM
Dimanakah terletaknya kekuatan Korea Utara, pada senjatanyakah? Pada tenteranyakah atau pada pemimpi ...


Yang ni konfem boria utara..

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:04 PM | Show all posts
Well, settle jer the issue. Take those fucking Malaysians out from North Koreyuck and cut the ties dengan negara gumuk bodoh sial tue. Nuff saiddd!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2017 03:05 PM | Show all posts
Dok sebut pasal perang, takut perang bagai ni sebenarnya deme mengharap sangat ke Malaysia ni kena serang?

kesian la ATM jugak yg kena kutuk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:06 PM | Show all posts
shark replied at 8-3-2017 06:57 AM
Dimanakah terletaknya kekuatan Korea Utara, pada senjatanyakah? Pada tenteranyakah atau pada pemimpi ...

berapa gelas ketum kau tonggang  dekk?

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 8-3-2017 03:06 PM
berapa gelas ketum kau tonggang  dekk?

     ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg buat lawak pasal isu ni  mmg lahanat dan sensitif. Termasuk beruk-beruk kat atas ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:14 PM | Show all posts
shark replied at 8-3-2017 02:57 PM
Dimanakah terletaknya kekuatan Korea Utara, pada senjatanyakah? Pada tenteranyakah atau pada pemimpi ...

org kata jgn buat lawak bodoh

dia buat jugak



ok aku tergelak kejap bc komen ko ni


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:17 PM | Show all posts
Alahaii dorg ni kondem kerajaan saja. Masa skrg ni lah kita kena bersatu hati mempertahan kan negara kita. Aku pun tak gemor jgk jibby nihh tp xyhla over takut sgt ngn ketenteraan Korea Utara tuh. Lagi pun negara Malaysia ada maruah okehh. Berprinsip gitchuuw.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:19 PM | Show all posts
aku rasa takyah risau la serangan direct dari NK..
brapa negara dia kena lalu kalau nak serang mesia..
takkan negara2 tu dok diam je kalau missile, aset2 perang NK lalu dalam kawasan dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:24 PM | Show all posts
org tgh risau,.....ade jek yg buat lawak...hanat betui...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2017 03:34 PM | Show all posts
jgn disebut benda yg buruk2..
org kata apa yg difikir sma spt doa
fikir yg baik2, sebut yg baik2...supaya dtg hal yg baik2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:42 PM | Show all posts
ntah la, sejak kes lahad datu, n kes ceroboh james shoal.
kes mh370 dan kes mh17 yang sampai sekarang belum settle.
aku tak yakin langsung dengan kredibiliti menteri2 lapar duit ni untuk handle krisis macam ni.

just wait n see jer.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 8-3-2017 03:04 PM
Yang ni konfem boria utara..

Hahahahahhaha. Kalau boria utara ni yg serang, meriah sikit. Boleh dansa2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 03:45 PM | Show all posts
Risau tu pasti ada. Tipulah kalau tak risau kan. Kalau yang tak risau tu maknanya 'you're not paying attention.' Tapi jgnlah speku melebih-lebih sangat luar daripada bahan bukti yang ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.144817 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list