CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1916|Reply: 12

Gagal Kemukakan Borang Cukai Pendapatan, Datuk Vida Hanya Didenda RM500

[Copy link]
Post time 9-3-2017 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Hasil gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida dijatuhi hukuman denda RM500 di Mahkamah Sesyen semalam.


Memetik laporan mstar, hukuman tersebut dijatuhkan apabila beliau mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Siti Hanum Mohamad Sah.


Mengikut pertuduhan, Datuk Vida yang merupakan Pengarah Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. didakwa gagal mengemukakan Borang B bagi Tahun Taksiran 2011 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.


Perbuatan tersebut dilakukan oleh tertuduh meskipun Notis Akhir di bawah seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah disampaikan kepadanya.


Tertuduh telah membayar denda tersebut dan turut berjanji akan mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2011 dalam tempoh satu bulan bermula kelmarin.- CARI

sumber foto: http://img.astroawani.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 12:47 PM | Show all posts
kan mudah, ko buat salah, mengaku salah, selesai....tapi kalau ko rasa tak bersalah, lawan la
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
RM500 tu just 0.001% je dr income dia sehari..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ang pa kena igt,org bisnes ni banyak hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 01:38 PM | Show all posts
DSV dah bayar GST Rm4.2 juta

ni link harian metro..
http://www.hmetro.com.my/node/212124

Dah bayar GST RM4.2 juta [METROTV]

poh: Semua 16 pertuduhan terhadap Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman, yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 hingga Julai 2016 ditarik balik selepas jutawaan kosmetik itu membayar kesemua cukai berkenaan hari ini.

Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan pihak Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran untuk menarik semua pertuduhan itu selepas mempertimbangkan pembayaran keseluruhan tuntutan cukai dari tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai 2016 yang berjumlah RM4.2 juta.

Hasmiza, 45, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida pada 13 Oktober 2016 didakwa dengan 32 pertuduhan kerana gagal mengemukakan penyata dan membayar GST untuk tempoh berkenaan serta mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan.

Datuk Seri Vida pada 15 Disember 2016 bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah bagi 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan dia dikenakan denda RM80,000, manakala bagi 16 lagi pertuduhan gagal membayar dia mengekalkan pengakuan tidak bersalah serta minta dibicarakan.

Perbicaran kes berkenaan sepatutnya dijadualkan pagi ini, namun atas perkembangan terbaru mengenai pembayaran tuntutan cukai berkenaan yang dibuat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini, pihak pendakwaan menarik semula semua pertuduhan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 02:09 PM | Show all posts
pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa


pekat sgt kecek klate...sapa nok ado paka jubahasa,,,,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2017 02:17 PM | Show all posts
RM500 tuh dia amek celah ketiak dia je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 03:10 PM | Show all posts
rm500 tu mcam 50 sen jerk pd dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
X luak pon...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 03:57 PM | Show all posts
celah gigi dia jah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 05:00 PM | Show all posts
Kira dah settle la kan. Next!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:11 AM | Show all posts
ok lah tu.. pas ni jangan kena denda lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
vida ni xbgus gak..selalu je nk lari cukai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.058458 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list