Bertempat di China, terdapat seorang lelaki berusia 44 tahun mampu mengisi angin pada tayar kereta hanya dengan menggunakan hidungnya.
Memetik laporan Mail Online, lelaki tersebut dikenali sebagai Tong Junhai menunjukkan kemahirannya di Taman Huancheng dekat bandar Xi'an, barat daya China pada 25 Februari lalu.
Aksi hebatnya itu mula tersebar sejak beberapa hari lalu dan dalam rakaman itu jelas kelihatan Junhai menggunakan paip yang disambung pada tiub tayar sebelum menghembuskan angin untuk menggunakan hidung.
Orang ramai yang melihat aksi tersebut kagum dengan kehebatan Junhai mengisi angin pada tiub tayar itu dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Menurut Junhai, dia boleh berbuat demikian kerana saiz paru-parunya yang besar, sekali gus boleh mengepam angin dengan banyak.
Sementara itu, ketika membuat pertunjukan umum, terdapat seorang lelaki cuba mempertikaikan kemampuan Junhai dan mencuba sendiri meniup tiub berkenaan menggunakan mulut.
Namun lelaki berkenaan gagal untuk meniru aksi Junhai.- CARI
Post time 9-3-2017 07:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
CiliPadiSedap replied at 9-3-2017 07:13 PM
cucuk je kt tayar tu. sampai pam tayar bunyi click click click.. lepas tu buang angin sedikit..
Dah pernah cuba sekali..tpi tayar nya jadi kemain keras seb baik tak meletop
So kalau nak pam tayar..aku suh uncle bangla petronas pam kan n kasi dia upah rm2..
Cuma aku muskil pekerja bangla mmg kita tak boleh kasi upah ke apa..sbb tiap kali kalau aku kasi, kemain takut2 uncle tu amik cepat2 genggam duit tu dlm tangan..tak nak kasi org nampak.rm2 je pun