CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4250|Reply: 10

sukarnya hidupku

[Copy link]
Post time 11-3-2017 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Hai salam semua. Terpaksa register nick baru untuk kongsi dan minta pendapat forumer yang baik2 dan kaya dengan opinion.

I ada macam2 masalah sekarang.
Masalah pertama exbf yang mengganggu hidup i sejak setahun lalu. Kami dah putus 2 tahun lepas dan dia berdendam dengan I. So,dia burukkan I dengan hubungi kawan2 I cerita perangai I yang burukla,perempuan gatal la, betina merenyamla...pandai pula dia guna fake acc untuk nak burukkan I. Salah I sebab terlalu bodoh ikutkan nafsu dan cinta hati. Peringatan pada semua, kalau kenal dengan seseorang..selagi tak betul2 serius,jangan sesekali reveal maklumat peribadi macam tempat tinggal,tempat kerja,siblings,kawan2... kalau berlaku apa2 (kes dendam atau pedajal),senang orang mcm exbf I ni nak lunaskan dendam.
I dah buat report polis tapi sekadar cover report ajer lah sebab polis tak dapat buat apa2. tiada ugutan dari exbf..lagipun dia guna fake acc. sukar nak buktikan yang perbuatan itu adalah dari dia. Tapi I yakin memang kerja si dia sebab nak semua orang tahu perangai buruk I masa kami bersama dulu. Ada tak forumer yang arif dalam undang2 tahu macamana nak halang exbf I dari terusan mengaibkan I dengan cara macam tu. I tak ada bukti kukuh, I takut jugak la nanti dia backfire I tup2 I yang kena saman.lagi haru....


masalah kedua I ialah pasal kerja. Officemate yang annoying dan tak nak terima arahan. I ni supervisor je..ada staf bwahan 2 orang. seorang lelaki bujang, junior I. setakat ni boleh buat kerja dengan baik dan tak banyak songeh. yang staf sorang lagi perempuan usia nak masuk 40an. senior I dan agak kerek. sebab jenis tak boleh menerima arahan dan suka beronline stiap hari. I report kat bos supaya block facebook. Alhamdulillah dah selamat kena block. I sangka settle la masalah rupanya tidak. si akak senior ni duk membuka macam2 website sampaikan kerja pun terbantut. I tak nak sound sebab masih hormat dia as my senior walaupun dia staf bawahan I. Banyak kerja terpaksa I settlekan sendiri sebab asyik tak siap kerja kalau I minta dia siapkan.Kadang2 kesian pada staf lelaki I sebab dia yang jadi mangsa back up kerja akak pemalas tu. macmana I nak selesaikan masalahh staf yang tak ada komitmen kerja ni. tiap pagi nak pergi kerja mood dah zero. esok cuti tapi dah terfikir isnin nak mengadap akak yang pemalas dan suka curi tulang tu. stressnya hidup I.

Kadang2 I solat mohon Allah ringankan bebanan ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2017 11:27 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-3-2017 11:33 PM

sebenarnya  nak opinion dengan masalah mana ye ~ 1 atau # 2?

yeah solat bebanyak lagi dan mohon hati tenang, dan daya fokus  as in you do what you have to do. Cuba reset minda agar jangan distracted dengan  rakan setugas yg tak habis kerja tu. kalau dia mohon tolong katakan , you akan tolong habiskan keje apabila semua keje you selesai sebab itu ialah priority you.  atau  just biar je keje dia tak siap last last biar dia bertanggungjawab.

atau jgn bagi tugas kat dia tukarkan bhgn lain  yg tak perlukan dia lakukan  tugasan yg perlukan fokus macam your section? syorkan?

i mean solat dan YAKIN dan mohon Allah kuatkan jiwa dan hati dan sabar serta  you jgn lagi kisah pasal apa ex bf you buat ? sebab kalau respons angat maksudnya dia suka sebab you bagi attention. so ignore and do what is necessary. then move on.
u fokus kerja n life. doa agar Allah bagi u ketenangan , kesabaran dan cer baca doa al matsurat tu. nice doa doa.
i lihat kakak tu dan ex bf anda tu  sebagai satu cara you kumpul pahala kesabaran dan pahal tu sabar tu . so keep on sabar dan bertegas bila mana perlu. i rasa it is more on you being distracted ye by these nuisances? yes? so, one of the ways to tackle these issues  is to re- focus and  divert your attention to something which is more productive - something that will make you grow etc ...soal ex bf tu -dia nak attention - so jgn bagi dia attention and pray a lot , perbaiki diri so that insya allah orgorg yg mendengar tohmahan tu akan lihat kebenran .

so tak pe take thsi positively.

kalau cara dia sampai extreme nak tindakan undang undang  okaylah tapi - be objective - sebab emosi anda  atau sebab you nak tunjukkan kat dia yg lain kali jgn buat kat semua wanita macam ni.
that means - u buat ini bukan dendam tapi atas tujuan mengajar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 11:46 PM | Show all posts
bagus langkah bijak luahkan di cari forum..

masalah pertama :

padan muka, jadikan pengajaran.. kalau ada benda melibatkan duit atau apa pulangkan balik.. lain2 cuba trap dia jadi kan dia buat ada ugutan..  macam itu..

masalah kedua :
normal politik ofis.. cuba cari satu software capture screen akak tu.. upload dalam youtube atau cari forum dan tag nama boss.. insya allah akak tu kena buang kerja esoknya.. kalau paling senang cari software itu dan hantar kt email boss guna anonymous email.. atau ambil pendrive disket letak kt meja boss..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 11:58 PM | Show all posts
kalau akak dpt staf camtu, ambil keyboard hempuk je kepala dia    akak main cariforum pun tangan jalan buat marketing dan siapkan kerja..  takde sales takde gaji.. camne lah akak tu boleh survive dekat company uols..

KPI dalam company tiada ke? SOP tiada ke? kalau akak tu tiada tindakan hukuman u salah.. u kena bertanggungjawab.. pergi report dekat HR n tunjuk bukti..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 10:12 AM | Show all posts
Assalammu'alaikum TT,

Masalah Pertama:
Biar je dia.  Kita pula, bertaubatlah dan berubahlah kpd kebaikan.   Dekatkan diri dgn agama.  Jadikan peristiwa lepas sebagai pengajaran hidup.  TT tahu kisah Saidina Umar r.a. sebelum memeluk Islam?  Kalau kita betul2 nak berubah, Allah akan tolong kita.  Rakan taulan akan terima TT seadanya.  Mereka akan faham bahawa TT sdg berusaha menjadi baik.   

Masalah Kedua:
Tegur je la akak tu, TT.   Ckp elok2.  Ckp dgn dia, dia patut bersyukur ada kerja dan dia mesti pertahankan kerja dia dgn bekerja bersungguh2.  Berdosa kerja curi2 tulang ni.   Tanya dia, dia nak ke diberhentikan kerja sbb tak bertanggungjwb?  Nanti tak cantik resume tu.  Ramai org kat luar tu yg tgh tunggu nak kerja dia ni.   Apa2 pun, face her dgn berhemat ye TT.   You are their superior.  Tegas mesti, adil pun mesti.  Tegas memerlukan kita utk menegur.  Adil memerlukan kita memberinya peluang utk berubah.  Jgn sbb dia, kita yg dianggap sebagai an incompetence leader.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujur je la aku cakap, aku pun selalu jugak guna fake account facebook and etc. Sebab guna fake account tu dirahsiakan tapi kalau hang nak reveal identiti fb tu dah payah dah sekarang kecuali hang nasib baik. Cari mana2 programmer atau hackers yang power2, selalunye payah nak cari orang mcm nie, tapi ade je, cari diorng and suruh diorng detect fb tu and cari ip address...emm nanti pandaila programmer tu buat, tapi bukan sume programmer bole buat, sikit sangat percentage dia kat malaysia. Ip address tu pun dapat detect kalau exbf hang tu x pakai proxy. Kalau pakai proxy, mmng x de harapan la nak detect orng tu..huhu. ataupun hang kasi link virus, biar jahanam laptop dia tu..wakakaka . Tapi payah oo nak deal dengan orang mcm nie, hang ade buat dia marah ke? Last choice yang hang boleh buat is ignore je, lagi hang melayan @ rasa tergugat, lagi dia happy.kalau hang ignore, lama2 dia diam la. Lagi satu doa la untuk dia yang baik2, hang benci sekalipun ngan dia, dia pernah jadi exbf hang jugak satu masa dulu, biar hati dia terbukak and x buat lagi bnde bukan2 tu. Maybe dia marah sangat kot dekat hang, tu yang dia jadi mcmtu.aku pernah jugak la merasa perasaan exbf hang tu, maybe x sama jalan cerita tapi aku ade rasa nak buruk-burukkan, cuma bila fikir balik, buat ape nak buat jahat kat dia, past is past, tapi memang pahit betul bila fikir balik, sedih x terkata sampai sekarang. Tu dulu la, aku malas nak cite full story.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2017 11:51 AM | Show all posts
tt, utk yg first problem tu, nak ambik legal action kena la hire lawyer tgk ckup ke bukti nak bukak kes ie defamation suit ke apa..

for the second one, tt boleh minta pada network/it dept kan apa yang kakak tu bukak, berapa bandwidth dia semua.. report tu hantar pada akak tu and suruh dia kurang kan activity.. kalau x jalan baru la forward pada boss.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 01:28 PM | Show all posts
aku taknak bagi opinion untuk problem #1
sbb aku takde experience

tp untuk problem #2
aku akan balas balik masa isi form evaluation
masa nak increament dgn bonus
aku tak tau style kampeni ko camne
tp kat tempat keje aku
level supervisor dia boleh buat evaluation orang bawahan dia
kat situ la boleh tolak markah kaw2
silap2 takde increament langsung
takpun takdapat bonus
padan muka~

tp.. kau kena tegur dia dulu
kalau segan nak berdepan
kau hantarlah email kat dia
advise dia
kang tetibe time increament gaji dia tak naik
bonus zero
kang dia pertikaikan pulak
"dah saya buat salah, nape cik tak tegur"
eh? lempang nak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2017 03:30 PM | Show all posts
#pROB 1:

-Block dia dari semua account yang TT ada. Takpela if dia guna fake acc tuk skodeng or tuk condemn what ever.

-Jangan memberi reaksi atas sebarang provokasi esp dari anonymous. Sebarang reaksi mungkin menggembirakan hati or memberi ransangan oleh ex bf TT. Makin galak lak nanti dia. Seronokk..

-TT xya payah la bersemangat nak explain perkara sebenar kat kawan-kawan TT (mungkin the closest one ok laaaaa). Sebab tindakan ni tak rase ke akan memenatkan TT. Benda ni akan surut n reda dengan sendirinya nanti. Sekarang tempoh untuk bertenang ex BF TT tu, dia tengah meroyan, tak lama lagi da jumpa pengganti or da dapat hidayah dari langit die akan stop la.......

-Biasakan jalan paling lekeh berdua buat masa ni. Bimbang Ex BF dalam diam2 ada plan gampang kat TT. So keluar lah jenjalan beramai-ramai.

#ProB 2 :
- dah tego direct ke? ke just luah kat dalam ni? Ingat TT, juga tuk peringatan diri aku sendiri, supervisor yang bagus jangan give up dengan karenah anak-anak buah. Walau depa cam haram jadah. Supervisor kena hati kental macam besi ok. Smash je if xtahan.

- Sebagai supervisor regardless die senior apa ke, TT kena panggil la die tanya apa masalah. Try bentuk dulu die contohnya slow talk ng dia, buat geng n bagi arahan secara indirect.

- Mungkin jenih pompuan tu addicted surfing. Cakap ng die xkesah nak surfing sampai langit ke 7 pon, janji setel keje.. Akak jaga saya, saya jaga akak. Win-win situation.


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko.mandrem je jantan tu , pakai bomoh siam, bio dia gilakan neelopak

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 12:55 PM | Show all posts
just move on.

apalah sangat fake account, xde gambar bogel or lucah kan? so lantakkan sahaja

just move on and start making ur life happy

isu kedua

bagi warning 3x

soft reminder 2

masuk kali ketiga..sack sahaja kalau dia masih same attitude..atau jatuhkan pangkat dia.


Come on...boss xble lembek beb

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.065205 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list