Lelaki dipenjara 25 tahun akhirnya didapati tidak bersalah
Barnhouse (kiri) dibebaskan apabila didapati tidak bersalah selepas dipenjara selama 25 tahun.
INDIANA, Amerika Syarikat – Seorang lelaki di sini yang telah menjalani hukuman penjara selama 25 tahun dibebaskan apabila mahkamah mendapati dia tidak bersalah baru-baru ini. Hakim Mahkamah Circuit Delaware, Kimberly Dowling membebaskan William E Barnhouse selepas pihak pendakwa raya dan peguam membawa keputusan terbaru ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang membuktikan dia tidak melakukan jenayah rogol pada tahun 1992. Ujian DNA itu mendapati terdapat air mani lelaki lain pada seluar mangsa serangan seksual di Muncie, Indiana, menurut laporan The Star Press. “Dia telah dipenjarakan selama suku abad untuk jenayah yang tidak dilakukannya,” kata peguam pertubuhan Innocence Project, Seema Saifee kepada hakim. Barnhouse yang kini berusia 60 tahun dibebaskan pada Rabu lalu. Sebelum ini, dia dihukum penjara selama 80 tahun kerana didakwa merogol seorang wanita di belakang sebuah bangunan kosong di sini pada April 1992. Mangsa rogol mengenal pasti lelaki itu menyerangnya selepas dia ditahan di kawasan berhampiran. – Agens
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
|