CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2258|Reply: 6

Isteri Masih Belum Hamil? Para Suami Disarankan Tidur 7-8 Jam Setiap Hari

[Copy link]
Post time 13-3-2017 12:54 PM | Show all posts |Read mode







Apabila sudah berumah tangga, ramai pasangan pengantin pasti tidak sabar lagi untuk menimang cahaya mata.


Mungkin ramai dikalangan yang masih bujang berfikir untuk mendapatkan anak hanya perlu kerap berjimak tetapi ia bukanlah semudah yang difikirkan.


Hakikatnya, masih ramai pasangan yang menanti untuk dikurniakan cahaya mata selama bertahun-tahun lamanya. Mereka telah mencuba pelbagai posisi seks yang disarannkan bagi memudahkan kehamilan tetapi masih juga belum berhasil. Bukan jimak sekali dua terus hamil ok! ini kerana tidak semua orang mempunyai tahap kesuburan yang sama.


Ternyata, keberhasilan untuk hamil bukan hanya dipengaruhi oleh kesuburan si isteri semata-mata tetapi juga kesuburan seseorang suami. Menurut penelitian yang dilakukan pakar Boston University, lelaki perlu tidur 7-8 jam supaya peluang untuk membuntingkan pasangannya lebih tinggi.






Hasil kajian ini berdasarkan penelitian dan analisis ke atas gaya hidup 700 pasangan selama tempoh satu tahun.


Penelitian juga menemukan, apabila seseorang lelaki itu tidur kurang dari 6 jam sehari, kemungkinan untuk menghamilkan pasangannya hanyalah 31 peratus. Sedangkan lelaki dengan tidur 7-8 jam sehari memiliki peluang lebih 78 peratus lebih tinggi.


“Kurang tidur atau berlebihan dapat mempengaruhi kesuburan lelaki dalam hal jumlah sperma dan kecepatannya dalam membuahi sel telur,” ujar peneliti Lauren Wise, Sc.D., profesor epidemiologi di Boston University.


Oleh itu, mulai saat ini kaum lelaki yang masih lagi berusaha menghamilkan si isteri perlulah mengubah waktu tidur mengikut saranan diatas. Selebihnya perlu banyak berdoa dan tawakal semoga dikurniakan anak secepat mungkin. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 03:59 PM | Show all posts

betul tu. x cukup tdo boleh jadikan diri stress dan buat benih x subo
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 05:49 PM | Show all posts
habis tu kalau tidur 8 jam sehari bila pulak nak projek. pagi dah kerja.akai mana akai?

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 05:54 PM | Show all posts
Just enjoy the rides. Jangan stress stress. InsyaAllah, kalau ternyata kedua-dua pasangan subur lekat lah nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 01:42 PM | Show all posts
shark replied at 13-3-2017 05:49 PM
habis tu kalau tidur 8 jam sehari bila pulak nak projek. pagi dah kerja.akai mana akai?

hahaha sbelum subuh atau selepas isyak


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2017 04:21 PM | Show all posts
Ade je yang tido 2-3 jam wife boleh pregnant
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2017 12:38 PM | Show all posts
maknanya lelaki kena jaga kesihatan jugak lah, selain itu, yg perempuan kena kira betul2 waktu subur . memang membantu.. InsyaAllah. yg penting laki bini kena sama2 sepakat dan usaha.. bukan sebelah pihak sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.218848 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list