|
|

..
|
TROLAK, 14 Mac — Seorang pemuda Orang Asli Sungai Jentong, di sini, tidak pernah merasa rendah diri kerana mempunyai nama unik seperti kereta nasional.
Malah Proton Saga Kelambu, 33, turut mengikut jejak bapanya memberikan anak perempuannya nama Viva, 10, lapor Sinar Harian.
Anak sulungnya dinamakan Viva sempena kereta dihasilkan Perodua pada Mei 2007 selepas dicadangkan seorang jururawat di Tapah.
“Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju,” katanya.
Proton Saga berkata masyarakat kampung tidak pernah memperlekehkan namanya, namun mereka lebih senang memanggilnya sebagai ‘Alor’.
“Saya tak kisah pun, buat apa nak malu atau segan. Kalau orang tanya nama, saya beritahu nama sebenar.
“Saya dah lama terima BR1M, tapi tak sangka baru kali ni heboh. Saya pun tak tahu nama saya dah disebut-sebut orang sampailah ada wartawan cari,” katanya.
Sementara bapanya, Kelambu Jambi, 54, berkata nama anak sulungnya itu diberikan selepas dicadang seorang anggota polis di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Tak tahu nak letak nama apa masa tu, ada orang cadangkan Proton Saga, saya fikir bagus juga, jadi saya terus setuju.” katanya yang mengimbau kenangan 33 tahun lalu.
“Ada seorang polis di Trolak cadangkan nama Proton Saga, saya ikut saja.
“Mungkin masa tu negara kita nak keluarkan kereta yang pertama, jadi polis tu pun beri cadangan nama Proton Saga untuk anak sulung saya,” katanya.
Proton Saga menjadi perhatian selepas namanya sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tular di media sosial.
http://www.themalaymailonline.com/pr....4MsEBdo4.dpuf
|
|