View: 1792|Reply: 9
|
Ambulan Terbalik Akibat Tayar Pecah, Pesakit Warga Emas Cedera
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki warga emas yang baru menjalani pembedahan mata cedera ringan selepas ambulans membawanya balik ke Hospital Pulau Pinang terbabas di Km313.1 Lebuh Raya Utara-Selatan semalam.
Memetik laporan Bernama,Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, DSP Mohd Mahiri Hussin berkata, pemandu ambulans dan pembantu kesihatan turut cedera ringan, manakala pembantu pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan kira-kita 4.40 petang itu.
Ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang selepas warga emas itu Mat Nayan Hassim, 68, yang berasal dari Batu Ferringhi selesai menjalani pembedahan mata di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Kemalangan dipercayai berlaku akibat tayar kanan belakang ambulans berkenaan pecah lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
“Impak daripada pelanggaran menyebabkan ambulans tersebut terbalik.” - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada mangsa yang terlibat. Harap2 ianya bukan berpunca dari masalah penyelenggaraan ambulans yang tidak dilakukan secara berkala. |
|
|
|
|
|
|
|
bab tayar ni agak susah sikit nak tau, kalau thread atau dawai reinforce tayar tu defect mata kasar tak blh nampak, even tayar baru pun blh kena |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu.. lain la kalu masalah brek ke, boleh la kata ada kemungkinan sebab kelemahan penyelenggaraan..
|
|
|
|
|
|
|
|
terpijak benda keraspun boleh jadi gak... yelah mlm mana nampak sgt.
kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Nasib baik cedera ringan. |
|
|
|
|
|
|
|
ayoyo, mmbe bru je wat pmbdahan mata, nsb bek la cdera ringan je |
|
|
|
|
|
|
|
Hosp penang tak de pakar mata ke....
Knp kena hantar sg buloh..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|