Jarang sekali mana-mana hidupan sama ada manusia mahupun haiwan yang mampu selamat terlepas daripada ancaman reptilia yang cukup menggerunkan di sungai iaitu sang buaya.
Namun bertempat di timur laut Australia, seorang remaja berusia 18 tahun boleh disifatkan agak bernasib baik kerana berjaya melepaskan diri daripada serangan buaya ketika berenang di Sungai Johstone lewat malam Sabtu lalu.
Memetik laporan news.com.au, ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Lee de Paauw digigit oleh buaya berkenaan di lengan kirinya dan dia bertindak menumbuk kepala haiwan tersebut menggunakan tangan kanannya untuk melepaskan diri.
Ekoran insiden itu, dia mengalami kecederaan parah pada lengan kirinya dan terpaksa menjalani pembedahan di hospital berhampiran.- CARI
sumber foto: www.news.com.au |