Pemakaian deodoran umpama sudah menjadi kewajipan setiap hari. Namun, apa yang menjadi masalah adalah kesan kuning bawah lengan yang agak menggelikan.
Jangan risau, masalah selesai dengan mempraktikkan tips yang diberi ini.
1. Alkohol
Sapu bahan ini pada tempat yang kekuningan dan rendam sebelum membilasnya.
2. Cuka
Campurkan cuka dan air suam. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam dan bilas dengan air sejuk.
Baking soda, Foto: www.newbeauty.com
3. Baking soda dan air
Campurkan baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas.
4 Pantyhose (sarung kaki yang nipis)
Hanya gosok pantyhose perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu untuk menyingkirkan kotoran lebih cepat.
Foto: resepibonda.com
5. Limau Nipis
Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodoran dan biarkan beberapa minit, kemudian letak sabun basuh dan cuci macam biasa.
6. Aspirin
Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.
Memang mudah, tak perlukan bahan yang mahal untuk menghilangkannya, bukan? Boleh cuba sekarang.-CARI
*Tips tambahan: Boleh gantikan penggunaan deodoran dengan minyak pati (essential oil) atau tawas pada bawah lengan untuk mencegah bau yang kurang enak.