View: 1605|Reply: 6
|
Dakwaan Pegawai Terlibat Merogol Wanita Thai, Jabatan Imigresen Bertindak Tegas
[Copy link]
|
|
Tindakan serta-merta sedang diambil dengan menjalankan siasatan dalaman oleh Bahagian Integriti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pegawai yang terlibat telah dipanggil memberi keterangan.
Demikian yang dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) JIM, Datuk Ibrahim Abdullah dalam kenyataan kelmarin berhubung dakwaan seorang tahanan wanita warga Thailand dirogol di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka.
Tegas beliau, JIM tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.
Tambah Ibrahim, tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.
Semalam, akhbar tempatan melaporkan seorang wanita warga Thailand membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah semalam mendakwa kakaknya dirogol oleh seorang anggota JIM ketika proses rakaman percakapan di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka dua minggu lalu.- CARI

|
|
|
|
|
|
|
|
sekali imbas tgk gambar, ingtkan pakcik tu pulak yg merogol...  |
|
|
|
|
|
|
|
eh bukan dh ade thread terdahulu, knpa x sambung update kat thread sedia ada. iols pun lupa dh tajuk ape benang tu, so, iols x mbantu plk hehehe  |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh amat penguatkuasa yang buat taik..
ingat boleh terlepas ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Thai tu mmg lawa, putih melepak. Siapa x terangsang? |
|
|
|
|
|
|
| |
|