View: 1396|Reply: 9
|
RELA Lesapkan 26 Laras Senjata Api, 12 Individu Ditahan
[Copy link]
|
|
Saya mengesahkan setakat ini hanya 26 laras senjata api yang hilang walaupun daripada perkiraan awal sebanyak 44 senjata dilaporkan hilang. Sebanyak 11 daripada 26 senjata api dijumpai dan 12 individu telah ditahan."
Demikian pengesahan yang dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Terbuka Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ayer Keroh kelmarin.
Memetik laporan Bernama, beliau turut memaklumkan, 12 individu berusia antara 40 dan 60 tahun turut ditahan diutara tanah air termasuk anggota Rela yang disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan senjata api jabatan berkenaan.
Tambah beliau, beberapa lagi tangkapan akan dilakukan di Selangor bagi mengesan 15 lagi senjata api yang hilang.
"Kita tahu siapa yang memiliki senjata api tersebut dan kita menasihatkan agar mereka menyerahkannya dengan segera kepada polis."
Mengulas lanjut, Khalid berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu berkenaan yang masih memiliki senjata api itu mengikut Akta Senjata Api1971. Namun bentuk hukuman terhadap mereka akan dipertimbangkan jika menyerahkannya sebelum ditahan polis.
Semalam, akhbar melaporkan enam individu di Kedah dan Perak ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti jual dan beli sebahagian 44 laras senjata api milik Rela daerah Selama, Perak, yang dikesan hilang sejak awal bulan ini.- CARI
sumber foto: mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
gila berani curi pastu jual |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknyee |
|
|
|
|
|
|
|
baru je kemarin nampak 3 rela. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboiii, beraninya.
Tak fikirke, senjata api, mesti selalu buat audit.
Lainlah penyapu ke, kerusi ke..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ai M4 tu patutlah cina2 ni suka masuk rela beli jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 27-3-2017 09:47 PM
Mak ai M4 tu patutlah cina2 ni suka masuk rela beli jawatan
Tu gmbar ntah dr mana reporter letak.. Rela hanya handle senapang patah je.. Mana ada M4 |
|
|
|
|
|
|
|
apa nak heran, rasanya senapang ni memang ada dengan depa,
mcm hak sendiri, setahun sekali je bawa pergi balai cek.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|