"Bukannya suplemen itu yang tak berkesan, tapi usus anda yang kotor, jadi ia tidak dapat menyerap kebaikan suplemen."
Pernahkah anda mendengar iklan sedemikian rupa yang seolah-olah menakutkan pengguna betapa kotornya usus mereka selama ini. Jika tidak dibersihkan boleh menyebabkan penyakit kronik termasuklah kanser dan sebagainya.
Malah, anda disuruh untuk membeli produk untuk membersihkan kerak-kerak yang melekat pada usus anda itu. Namun, selepas menggunakannya, tak ada pula kerak yang keluar?
Menurut seorang doktor, melalui laman Facebook miliknya, detox usus bagi membuang kerak najis adalah suatu penipuan besar.
"Bermacam-macam cerita direka untuk menakutkan pembeli bagi melariskan produk detox. Contohnya lilin mi segera melekat pada usus jika makan mi segera. Lemak berkumpul pada dinding usus apabila makan benda berlemak. Lalu perlu detox usus bagi membersihkannya.
"Walaupun mi segera dan makanan berlemak itu tak sihat, tapi ia takkan menyalut dinding usus. Memang karut tu.
"Sepanjang saya bekerja, dah beribu-ribu usus saya saksikan sendiri, sewaktu colonoscopy (teropong usus) mahupun sewaktu laparotomy (pembedahan abdomen) bagi kedua-dua jenis prosedur samada elektif (sempat beri enema: usus bersih) atau kecemasan (langsung tak sempat beri enema: usus ada najis). Tak pernah sekali pun saya nampak usus yang berkerak. Licin bersih je dinding usus tu semua."
Ternyata ramai yang terkejut dengan pendedahan doktor ini.
"Baca doktor sahkan tak pernah wujud pun kerak usu..membazir je beli detox segala itu."
"Wah, bolehlah makan maggi tanpa mitos lilin melekat."
Namun, tak kurang juga yang cuba berdebat dan mengatakan detoks itu memang diperlukan terutamanya dalam darah. Selebihnya anda boleh baca seperti di bawah.
Kesimpulannya, jangan mudah terpengaruh dengan iklan jualan produk suplemen yang kononnya mampu melakukan perkara yang tidak terjangkau akal fikiran, seperti mencuci kerak usus, mencuci darah dan sebagainya.
Berbincanglah dengan doktor jika melibatkan kesihatan anda. - CARI
Post time 28-3-2017 05:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
KKM lemau..dah adu, kat ig pasal seller yg jual buat khidmat pendakap gigi lah.. masih gitu lagi. makin berani.dlm pseudoscience watch ada tunjuk prof palsu jual produk pun ada satu hospital ni panggil bg talk.sabo jelah.. nak wat camne nurse pun banyak jual benda ntah bukan2,doktor pun kaki MLM bukan xda.
Biasanya nak sedapkan hati aku akan pikir..'Dato rosnah ex tim. kem. kesihatan pun badan sebegitu, xda tunjuk contoh ikon kesihatan.. ni kan nak harap KKM betol2 pentingkan kesihatan'
Post time 28-3-2017 05:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ade sape2 tak sini penah dengar supplemen WSR?
women secret recipe..
laman web dia : www.kemutkemut.com.my
comel nama laman web dia...pengasas nye ade title dr. juga
agen tempat aku ni, cikgu & sorang lagi nurse kllinik kesihatan...ade sape2 pernah dengar?macam-macam jugalah testimoni nye...
Post time 28-3-2017 06:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bagusartikel ni
ncm ni la wartawan kelas sundiri
banyak info yang aku xtau...
ya la kan
.. beli.produk bebanyak...ko tetap gitu jugak...last last salah ubat spital
tetibe
Post time 28-3-2017 06:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa efek org yg minum teh detox ni utk jangka masa yg lama?
Dulu iols bli nh detoxlim tu, die ckp minum sekotak tu je..pastu selang beberapa bulan br minum lg.. jd klu org yg non stop berbulan2 minum air detox ni, xpe ke?
Post time 28-3-2017 06:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
So far, i buang air besar hari2 sekali
Tibe2 gi cek up kt hospital haritu dapat ubat berak. Terkejut iols. Nk suh berak 3x sehari ke..
Upe2nye doktor salah prescribe ubt tu utk org lain.
Post time 28-3-2017 07:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Super-M replied at 28-3-2017 05:51 PM
KKM lemau..dah adu, kat ig pasal seller yg jual buat khidmat pendakap gigi lah.. masih gitu lagi. ma ...
Adu ke fesbuk kkm ke sis? Mmg xjalan lah tggu smpai merepot. Buat aduan sekarang dah senang, online di biro aduan negara atau tukis surat rasmi pada jabatan kesihatan negeri masing2. Make sure ada no contact sebenar utk dihubungi. Masyarakat sekarang ni xtau ke nak buat aduan cmne? Setakat tag fesbuk tu siapa je nak layan.
Post time 28-3-2017 07:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dodolgemok replied at 28-3-2017 07:29 PM
Adu ke fesbuk kkm ke sis? Mmg xjalan lah tggu smpai merepot. Buat aduan sekarang dah senang, onlin ...
xlah.. adu bersurat. email lah semua.. yg kat ig aku printscreen apa yg aku SS.. xpayah cite masyarakat xtahu buat aduan.. sis pikir pseudoscience watch tu admin dia bukan doktor?? mereput adu pun mcmtu gak je.. lagi hangin diaorg malahan ada doc yg terlibat bkait produk MLM.
biar lah org kata aku sombong ker hapa
tapi takat akak2 skolah menengah aliran sastera nak bergebang pasai produk kesihatan, pasal perubatan, pasal organ2 dalaman sambil selit2 istilah sains sikit2 aku senyum sinis saja
itu semua level penjual obat kuat kat pasar malam saja
tiada kredibiliti
maaf aku tak pernah beli
dan tak akan beli
melainkan kalu doktor perubatan sendiri yang cadangkan aku cuba obat/jenama sekian2
lain cara org berilmu bercakap dgn org yg sekadar menjual level niaga kaki lima pasar malam