CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5857|Reply: 29

Perihal Kosmetik Mesra Wuduk

[Copy link]
Post time 30-3-2017 06:38 AM | Show all posts |Read mode
BAYAN LINNAS
BAYAN LINNAS SIRI KE- 88: ISU KOSMETIK MESRA WUDUK
Ditulis oleh Muhammad Fahmi RusliDiterbitkan: 29 Mac 2017
sumber asal:
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1539-bayan-linnas-siri-ke-88-isu-kosmetik-mesra-wuduk





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2017 06:40 AM | Show all posts
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda SAW, para sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Perhiasan dan Galakkan Terhadapnya

Perhiasaan dan kecantikan adalah merupakan fitrah semulajadi bagi setiap wanita. Seperti yang dimaklumi bahawa wanita teramat suka kepada kecantikan dan ianya juga tidak dapat dipisahkan daripada sifat kewanitaan semenjak penciptaannya lagi.


Firman Allah SWT:
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah al-Nur: 31)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 06:41 AM | Show all posts
Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat daripada surah al-Nur ayat 31 berkata: “Hiasan kecantikan adalah halal bagi wanita kerana menepati fitrah mereka. Kesemua wanita teramat suka kepada kecantikan. Bentuk perhiasan berbeza dari zaman ke zaman akan tetapi asasnya adalah daripada fitrah yang satu. Hiasan kecantikan juga adalah suatu yang menjadi keinginan dalam menghasilkan kecantikan dan penyempurna kepada kecantikan. Islam tidak menentang keinginan fitrah ini akan tetapi Islam mengaturnya dan menetapkan dawabitnya. Dan Islam menjadikan hiasan kecantikan ditujukan kepada seorang lelaki (iaitu orang yang berkongsi kehidupan dengannya) dizahirkan hiasan kecantikan tidak kepada orang lain selain mereka. Dan juga mereka saling berkongsi dalam mengzahirkan hiasan kecantikan sesama mereka (selain suami) dan juga kepada mahram lelaki yang disebut pada ayat selepasnya, iaitu yang sudah tidak mempunyai kesan kepada syahwatnya disebabkan hiasan kecantikan itu.” Lihat Tafsir fi Zilal al-Quran (4/2512).

Daripada Ibn Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda:



إنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ



Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.”



Riwayat Muslim (147)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 06:42 AM | Show all posts
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram menyebut:

Sebelum Islam meletakkan perhatiannya yang tinggi kepada perhiasan yang elok dan baik, terlebih dahulu diberi perhatian sepenuhnya kepada soal kebersihan yang menjadi pokok utama bagi semua perhiasan dan pemandangan yang cantik.



Rasulullah SAW bersabda:



تَنَظَّفُوا فَإِنَّ الإسْلاَمَ نَظِيْفُ



Maksudnya: “Bersihkanlah diri kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.”



Riwayat Ibn Hibban



Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda:



النَّظَافَةُ تَدْعُوا إِلَى الإِيمَانِ وَالإِيمَانُ مَعَ صَاحِبِهِ فِي الجَنَّةِ



Maksudnya: “Kebersihan itu menyeru kepada keimanan dan keimanan pula akan mendampingi tuannya di dalam syurga.”



Riwayat al-Tabarani

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 06:43 AM | Show all posts
Oleh kerana itu, Islam menggalakkan umatnya sentiasa dalam keadan bersih dari segi pakaian, tubuh badan, rumah tangganya dan sebagainya. Islam juga mengambil berat terhadap kebersihan gigi, tangan, kepala dan lain-lain lagi.

Islam mensyaratkan kebersihan dalam agama sebagai kunci ibadat kepada Allah SWT iaitu solat. Tidak akan diterima solat seseorang Muslim itu melainkan tubuh badan, pakaian dan tempat untuk solat berada dalam keadaan bersih dan suci, di samping menjaga kebersihan diri sendiri. Lihat al-Halal wa al-Haram (113).

Penerangan yang disebut oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi di atas ini bertepatan dengan apa yang telah lama disebut oleh Imam Malik rahimahullah berkenaan dengan hadis “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.” Iaitu berkaitan dengan berpakaian dengan pakaian yang kelihatan cantik, bersih ketika solat dan juga bercantik-cantik dengan pemakaian dan berwangi-wangian pada hari-hari perhimpunan manusia. Lihat al-Muntaqa Syarh al-Muwatta’ karya Abu al-Walid al-Baji al-Maliki (7/220).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 06:46 AM | Show all posts
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi juga berkata dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram:

“Jika Islam membolehkan kita untuk berhias diri, kita dituntut untuk menghias diri dan melarang untuk mengharamkan perhiasan diri, sesuai dengan firman Allah SWT:



قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ



Maksudnya:  Katakanlah (hai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah SWT yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?



(Surah al-A’raf: 32)


Islam juga mengharamkan ke atas kaum lelaki dua jenis perhiasan, namun begitu tidak pula diharamkan-Nya kepada kaum wanita. Lihat al-Halal wa al-Haram (116)

Kami nukilkan juga di sini daripada al-Fiqh al-Manhaji:

Terdapat beberapa dalil umum yang menunjukkan kesemuanya merupakan kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya yang dijadikan untuk mereka nikmati dan mengambil manfaat dalam kehidupan mereka sama ada daripada pakaian, perhiasan, kegunaan dan keseronokan hidup mereka di dunia.

Firman Allah SWT:



هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا



Maksudnya:  Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.



(Surah al-Baqarah: 29)



Firman Allah SWT:



قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ



Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia, (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat.” Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.



(Surah al-A’raf: 32)


Begitu juga firman Allah SWT:



يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ



Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).



(Surah al-A’raf: 26)



Justeru, berdasarkan dalil-dalil tersebut dan dalil yang lain, ternyata bahawa hukum asal semua yang berkaitan dengan pakaian dan perhiasan adalah halal dan harus melainkan yang dikecualikan daripada hukum asal tersebut dengan nas-nas yang khusus. Lihat al-Fiqh al-Manhaji (3/90)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2017 06:47 AM | Show all posts
Pelbagai Hukum Berkaitan Berhias Bagi Wanita

Hiasan kecantikan yang merupakan fitrah wanita itu asalnya adalah baik dan mempunyai asas daripada syara’ akan tetapi ianya mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syara secara jelas berkaitan dengan hukum berhias bagi wanita.

Kami bawakan di sini pelbagai soal jawab fatwa berkenaan hukum berhias bagi wanita, antaranya:

Fatwa Syeikh Abdul Halim Mahmud berkenaan hukum wanita memakai Lipstik dan Perhiasan.

“Di antara hak wanita itu adalah berhias dan suami harus mengambil kenikmatan dengan kecantikan serta perhiasannya. Firman Allah SWT:

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?”

(Surah al-A’raf: 32)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 06:48 AM | Show all posts
Walau bagaimanapun wanita hanya harus berhias untuk para suami mereka sahaja. Tidak harus dia mempamerkan kecantikannya selain daripada suami mereka (dan sebahagian manusia yang disebut di dalam ayat di bawah) kerana ini telah keluar daripada batas-batas syariat. Al-Quran telah membataskan batas-batas ini:

Firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah al-Nur: 31)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2017 06:48 AM | Show all posts
Imam al-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Musa Asya’ri bahawa Nabi SAW bersabda:

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ، وَالمَرْأَةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya: “Setiap mata itu adalah zina, dan wanita pula apabila dia keluar dalam keadaan berwangi-wangian dan berjalan di dalam majlis (di khalayak ramai) maka dia adalah demikian-demikian (iaitu seperti penzina atau seperti pelacur).”

Riwayat al-Tirmizi (2786) dan al-Darimi (2646)

Dalam hadis yang lain:

مَثَلُ الرَّافِلَةِ فِي الزِّينَةِ فِي غَيْرِ أَهْلِهَا كَمَثَلِ ظُلْمَةِ يَوْمِ القِيَامَةِ لَا نُورَ لَهَا

Maksudnya: “Perumpamaan al-Rafilah yakni wanita yang berjalan atau berhias selain untuk suaminya, adalah seperti kegelapan pada hari kiamat yang tidak ada cahaya baginya.”

Riwayat al-Tirmizi (1167)

Tujuan utama syariat Islam membataskan yang demikian adalah hendak menutup pintu fitnah khususnya fitnah yang akan berlaku dalam kalangan muda-mudi.

Berhias itu suatu perkara yang dituntut kerana Allah SWT itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan, tetapi hendaklah berhias untuk suami.”

Lihat Fatawa Syeikh Abdul Halim Mahmud (1/977)

Fatwa Syeikh Muhammad Mutawalli ketika menjawab soalan berkenaan dengan wanita bertudung yang mewarnakan rambutnya.

Syeikh ditanya soalan: “Adalah harus bagi wanita yang bertudung mewarnakan rambutnya? Maka Syeikh menjawab: “Harus jika niatnya itu berhias untuk suami. Adapun jika belum berkahwin dan untuk menarik pandangan maka itu tidak harus kerana ia dianggap suatu jenis daripada penipuan.” Wallahu’alam. Lihat Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah (229).

Fatwa Syeikh Abdul Malik al-Sa’adi ketika ditanya berkenaan hukum wanita memotong rambut dan memakai celak pada dua matanya.

Syeikh ditanya: “Adakah harus wanita memotong rambutnya? Dan adakah harus wanita memakai celak di hadapan lelaki ajnabi sama ada nipis atau tebal? Dan adakah semua jenis celak itu haram? Maka Syeikh menjawab: “Seseorang perempuan itu harus memotong rambutnya jika tidak menyamai rambut lelaki. Sekiranya dia memotong sehingga pendek seperti lelaki maka hukumnya adalah haram kerana telah melakukan tasyabbuh bi rijal (iaitu menyamai lelaki). Sesungguhnya seseorang perempuan itu diharamkan menyerupai lelaki sama ada pada rambut, pakaian atau penampilannya.

Adapun celak sekiranya dia pakai di hadapan lelaki ajnabi sehingga menimbulkan fitnah sama ada nipis atau tebal maka hukumnya adalah haram, sekiranya untuk berubat dan tidak menimbulkan fitnah maka adalah diharuskan. Maka yang terlebih utamanya hendaklah tidak memakainya untuk menjaga agamanya.” Wallahu’alam.

Lihat soalan yang diajukan kepada Syeikh Mutawalli Sya’rawi no. 1543 http://www.alomah-alwasat.com/).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 06:49 AM | Show all posts
Larangan Islam Terhadap Kekotoran Dan Najis

Islam merupakan agama yang cintakan kepada kebersihan dan menolak kekotoran dan perkara yang membawa kepada kekotoran sama ada secara hissi ataupun ma’nawi.

Sabda Nabi SAW:

تَنَظَّفُوا فَإِنَّ الإسْلاَمَ نَظِيْفُ

Maksudnya: “Bersihkanlah diri kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.”

Riwayat Ibn Hibban

Berdasarkan hadis di atas dapatlah difahami disebalik lafaz yang disebut bahawa Islam menyuruh supaya menjauhi kekotoran kerana Islam itu bersih. Maka kebersihan lawannya ialah kekotoran.

Firman Allah SWT:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.

(Surah al-‘A’raf: 157)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 06:51 AM | Show all posts
Definisi Kosmetik Mesra Wudhu

Sebahagian pengeluar produk kosmetik mesra wudhu mendefinisikan bahawa produk ini adalah sejenis produk yang mudah untuk ditanggalkan. Caranya ialah hanya membasuh muka dengan air sahaja serta tidak perlu kepada sabun khusus untuk menghilangkan solekan di muka bagi tujuan untuk mengambil wudhu.

Adapun kebanyakan produk kosmetik yang tidak mesra wudhu adalah sebaliknya, iaitu susah untuk ditanggalkan dan memerlukan sabun khusus untuk ditanggalkan. Dan ada jenis produk yang bukan mesra wudhu teramat susah untuk ditanggalkan sehingga perlu dibasuh berkali-kali untuk menghilangkan solekan di muka. Sebahagian lain pula hanya menggunakan kapas dan peluntur solekan.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian kami, dapatlah dirumuskan definisi produk kosmetik mesra wudhu adalah produk mudah dihilangkan agar tidak menghalang air wudhu sampai ke kulit.

Walaupun begitu produk yang diiktiraf sebagai mesra wudhu oleh syarikat berkenaan tidaklah menjamin ketelapan air wudhu untuk sampai ke kulit. Ini memerlukan perbincangan yang khusus.

Ketelapan Air.
Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ berkata: “Apabila adanya di atas sebahagian anggota lilin atau tepung atau inai dan seumpama dengannya. Yang mana ianya menghalang air ke anggota, maka tidak sah taharahnya, sama ada banyak atau sedikit. Jika berbaki di atas tangan dan selainnya kesan inai dan warnanya tanpa ‘ainnya (zatnya) atau kesan lemak cair yang mana air akan menyentuhi kulit anggota dan air juga mengalir di atasnya akan tetapi ianya tidak melekat (iaitu air tidak melekat pada kesan minyak di atas tangan). Maka sah taharahnya.” Lihat al-Majmu’ (1/467).

Begitu juga yang disebut di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj (1/187) di dalam Bab Wudhu. Dan inilah pandangan jumhur ulama kecuali Mazhab Hanafi.

Jumhur ulama menetapkan syarat sah wudhu ialah empat kecuali mazhab Hanafi, antara salah satu syaratnya ialah syaratnya:

Menghilangkan apa-apa yang menghalang air daripada menyentuhi anggota wudhu. Iaitu hendaklah tidak ada di atas anggota yang wajib wudhu sesuatu yang menghalang daripada sampainya air menyentuhi kulit, seperti lilin, lemak, dan sebagainya. Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (1/329).
Fatwa Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi berkaitan dengan soalan hukum menghilangkan cat di kuku ketika berwudhu.

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi ditanya: “Adakah wajib bagi saya menghilangkan cat kuku ketika berwudhu? Maka Syeikh menjawab: “Ya! Sesungguhnya engkau telah pun menjawab dengan sendirinya! Selagi mana engkau mengatakan ia adalah cat yang menghalang air daripada sampai ke kulit maka wajib engkau menghilangkan ketika mengangkat hadas kecil atau besar. Adapun inai tidak mengapa. Wallahu’alam.” Lihat Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah (198).

Maka berdasarkan pandangan-pandangan para ulama di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa sekiranya produk kosmetik mesra wudhu tersebut merupakan satu produk yang menyebabkan air wudhu tidak menyentuhi kulit dan mengalir, maka tidak sah wudhunya. Adapun jika produk tersebut ialah produk yang mudah dihilangkan zatnya pada mana-mana anggota wudhu dan air dapat menyentuhi kulit serta mengalir maka sah wudhunya. Walaupun ianya meninggalkan sedikit kesan dan warnanya.

Sejauh manakah produk yang diiktiraf halal dapat menjamin kesempurnaan ibadah?

Kami berpandangan, jika betul dan sahih bahawa sekiranya produk kosmetik mesra wudhu yang diiktiraf halal tersebut tidak menganggu proses ibadat dan tidak menyusahkan jalan ke arah pelaksaan ibadat maka ianya sama sekali tidak memberi kesan kepada ibadat. Bahkan jika orang yang memakai produk tersebut dengan tujuan untuk bercantik-cantik dalam menunaikan beribadat dan merasa selesa dengan pemakaian produk tersebut sepertimana galakan agama yang menyuruh berhias untuk menunaikan solat dengan memakai pakaian yang cantik, bersih, suci serta menyelesakan tubuh badan, maka ianya adalah perkara yang terpuji. Adapun sekiranya pemakaian produk tersebut menjadikan keadaan tubuh tidak selesa, khususnya sehingga membawa kepada terjejasnya hal ehwal solat, maka ini adalah kesan yang negatif kepada kesempurnaan ibadat.

Justeru itu, kami melihat jika ianya diiktiraf halal, maka secara asasnya ianya adalah baik. Persoalan berkenaan produk tersebut dan kaitannya dengan kesempurnaan ibadat, kami melihat ianya lebih kepada keadaan dan kondisi orang yang memakainya. Wallahu’alam.

Semoga dengan pencerahan ini, dapat memberi kita kefahaman yang baik dan seterusnya menjadikan ibadat kita lebih sempurna. Amiin.



Akhukum Fillah,

S.S DATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

29 Mac bersamaan 1 Rajab 1438H
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 10:20 AM | Show all posts
mesra solat..mesra wuduk.. etc produk yg guna berkaitan agama ni, sy x brpe berkenan.

bg saya, kalau dh letak bedak kat muka, pondeseng bagai, mascara, ... x pyh ckp telap air ke ape ke.. susah sgt ke nk tenyeh muka tu ngn pencuci muka? bg bersih n xde sebarang 'benda' asing utk membolehkan air wuduk sampai ke tempat sepatutnya.

kawan iols selamba je ambik wuduk x buang mekap, katanya sb mesra wuduk..

konsepnya mcm ni, kalau mandi wajib, adekah benda asing mekap2 ni akan ade d muka? tak de kan... so, wuduk pun sama lah. kte akan pastikan kat badan kte, xde pun kesan calar pen ke, kesan bedak2 ke, kesan benda2 asing ke...

produk yg mesra wuduk yg popular skg ni, yg pakai niqab tu.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian kami, dapatlah dirumuskan definisi produk kosmetik mesra wudhu adalah produk mudah dihilangkan agar tidak menghalang air wudhu sampai ke kulit.

Walaupun begitu produk yang diiktiraf sebagai mesra wudhu oleh syarikat berkenaan tidaklah menjamin ketelapan air wudhu untuk sampai ke kulit. Ini memerlukan perbincangan yang khusus.


sesetengah produk dia cakap mesra wuduk, tp takkan mudah luntur eyeliner jika kena air (merujuk kpd kalau kena ujan tiba2 gtuh) dah kalau terang2 susah tanggal bila kena ujan, kenapa nk claim mesra wuduk bagai? berani lagi cakap produk kami x mudah cair, so, jgn risau kalau mekap cair ke ape ke.. kalau produk tu x mudah tanggal, mcmne bilas air wuduk je boleh tanggal? tidak semudah itu.

saya suka ngn thread ni.. sb sy dpt luahkan ape yg terbuku di hati terhadap set2 penunggang agama yg duk pung pang pung pang mesra wuduk sgtttt tuh tapi hakikatnya sama je ngn produk kosmetik lain.

yg lagi haru, sibuk pertikaikan produk yg kita pakai.. x mesra wuduk bagai. mslhnya, produk yg kita pakai tu, mmg kte clearkan basuh muka ngn pencuci muka bersih2 so mmg tanggal lah. apekebenda duk riuh sgt dia pakai produk muslimah mesra wuduk ngn kesan eyeliner/mascara melekat kat muka  walhal dia x basuh muka btl2 berbanding kte yg pakai x mesra wuduk tp kte yakin basuh muka sebersihnya??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 10:28 AM | Show all posts
chinta89 replied at 30-3-2017 10:20 AM
mesra solat..mesra wuduk.. etc produk yg guna berkaitan agama ni, sy x brpe berkenan.

bg saya, ka ...

wow kena tanya mufti balik ni ye? mungkin mufti tatau hal ni kot ?

i tak pakai make ups so ...nak kata apa apa pun tang bab mesra make ups ni tak tahulah  kot

tapi apa apa pun - balik paad objectif la kot telap air ke tak   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 10:31 AM | Show all posts
chinta89 replied at 30-3-2017 10:20 AM
mesra solat..mesra wuduk.. etc produk yg guna berkaitan agama ni, sy x brpe berkenan.

bg saya, ka ...

konsepnya mcm ni, kalau mandi wajib, adekah benda asing mekap2 ni akan ade d muka? tak de kan... so, wuduk pun sama lah. kte akan pastikan kat badan kte, xde pun kesan calar pen ke, kesan bedak2 ke, kesan benda2 asing ke...





>>> tu kite .....kite kita faham may be wuduk ni hadas kecil kan ...tatau depa punya alasan camner...ntah




baguslah pendapat awak


u know - awak boleh je pi website mufti cer tanya balik dlm message box ....u know i encourage valid question
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2017 10:31 AM | Show all posts
chinta89 replied at 30-3-2017 10:20 AM
mesra solat..mesra wuduk.. etc produk yg guna berkaitan agama ni, sy x brpe berkenan.

bg saya, ka ...

suke make ups ke? saja tanya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:27 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 30-3-2017 10:31 AM
konsepnya mcm ni, kalau mandi wajib, adekah benda asing mekap2 ni akan ade d muka? tak de kan... s ...

sy bg pandangan dari sudut pemerhatian ape yg blaku di sekeliling.. sb diorg duk bdebat soal2 mcm ni. jenis yg yakin sgt produk mesra wuduk hga nk solat, pakai wuduk gtu je tanpa btl2 bersihkan make up. x perlu kot pcaya bulat2 air tu akan kena kulit when u dh apply something di kulit opkos kena sental2 sikit nak2 lagi mekap kat muka..

sy x de la suka mekap, tp dh jenis kja opis mcm ni pakailah light2 je.. senang nk cuci muka kalau nk wuduk.

kalau pakai foundation jenis likat2 tu, celah mana air wuduk nakkena kulit hehehe. so, guna lah pencuci muka. x kira lah produk mesra wuduk ke x mesra wuduk ke, cuci la muka btl2 ngn pencuci. kita dh letak benda asing kot kat muka... hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 12:47 PM | Show all posts
produk yg mesra wuduk yg popular skg ni, yg pakai niqab tu.


yang ada husben watie elite tu ke sis

anyway, setuju pandangan sis tu

kalau pakai foundation jenis likat2 tu, celah mana air wuduk nakkena kulit hehehe. so, guna lah pencuci muka.


sometimes pakai pencuci shj pun tak hilang betul
still ada kesan mekap lagi
kena guna mekap remover baru boleh hilang betul
pastu cuci muka sgn pencuci muka
pastu baru amik wuduk

eh, apsal plak aku ajr orang nak hilangkan mekap padahal aku sendiri tak bermekap..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi saya.. tagline kosmetik mesra wuduk kata2 propa marketing yang menyesatkan pengguna yg jahil....... penjual tanggung laa
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi saya.. tagline kosmetik mesra wuduk kata2 propa marketing yang menyesatkan pengguna yg jahil....... penjual tanggung laa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 09:57 PM | Show all posts
chinta89 replied at 30-3-2017 10:20 AM
mesra solat..mesra wuduk.. etc produk yg guna berkaitan agama ni, sy x brpe berkenan.

bg saya, ka ...

hai chinta.... betul dah apa you kata tu.....dan kawan you tu dah salah pemahaman...seeloknya beri beliau link thread ni supaya beliau faham dan tak buat lagi ambil wudhuk masa masih bermake-up...aduhai......

tagline mesra wudhuk tu seperti yg dikatakan pihak Mufti, adalah senang ditanggalkan dgn air...  tapi bukan bermaksud rinse muka dgn air terus hilang, masih kena guna tisu,cotton pad semua lap muka...make up tu hilang dgn combo air+pressure dari kesan kita lap muka dgn tisu dan cotton pad...  contoh nak faham, seperti produk mascara..kan ada dua jenis satu waterproof, satu non waterproof... yg mascara non waterproof tu kalau lalu air je dia tak tanggal semua kan,sememeh je..jadi panda eyes....so kita still kena basahkan cotton pad dgn air dan lap ulang kali bulu mata kita sampai hilang......


Produk mesra wudhu ni sebenarnya non waterproof product tapi nak nampak catchy mereka gunalah tagline mesra wudhuk.. ala ala dress yg orang jual kata wudhuk friendly tu..sebenarnya seller nak beritahu ada zip sorok kat tangan so boleh buka dan sinsing utk berwudhuk...bukannya bermaksud kita lalu je air kat part lengan yg masih ditutupi kain tu dah consider sah wudhuk...kita pengguna still kena buka zip,still kena lipat kain kat part lengan..baru lah berwudhu.....gitu...




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.166119 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list