CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 9

[Tempatan] Edisi Biasa, UMNO Buat Lupa - Bila masa kami janji bina hospital?

[Copy link]
Post time 30-3-2017 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Bila masa kami janji bina hospital, soal Noh Omar


SHAH ALAM: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim ditempelak apabila menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membina Hospital Tanjong Karang setelah 16 tahun menabur janji.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata tuduhan wakil rakyat DAP itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam dibuat tanpa berasaskan fakta.
Beliau berkata Ng berbohong apabila mendakwa projek pembinaan hospital itu baharu hendak dimulakan setelah 16 tahun, malah kononnya cuba menjadi “hero” memperjuang pembinaan hospital itu.
“Kempen BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 langsung tidak sebut mengenai pembinaan hospital baharu di Tanjong Karang, jadi bagaimana Ng boleh menuduh kerajaan BN gagal menunaikan janji selepas 16 tahun?
“Hanya selepas PRU pada 2008, saya menjadi menteri penuh, baru isu pembinaan sebuah hospital baharu di Tanjong Karang dibangkitkan,” katanya.
Noh yang juga ahli Parlimen Tanjong Karang berkata pada mulanya, sebuah hospital iaitu Hospital Kuala Selangor dicadang untuk dibina dalam DUN Permatang sebelum 2004 yang ketika itu terletak dalam Parlimen Kuala Selangor.
  
Namun, pada PRU 2004, berlaku pecahan sempadan pilihan raya menyebabkan DUN Permatang dimasukkan ke dalam Tanjong Karang.
“Pada 2008, saya bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet supaya Hospital Kuala Selangor dibina segera dan ditukar nama kepada Hospital Tanjong Karang kerana kedudukan hospital tersebut di DUN Permatang dalam Parlimen Tanjong Karang,” katanya.
Malah, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata pada tahun 2013, kerajaan menambah peruntukan bagi projek itu dari RM250 juta kepada RM269 juta berikutan masalah struktur tanah yang menyebabkan kelewatan pembinaan hospital berkenaan.

Justeru, Noh menyifatkan tindakan Ng yang cuba menjadi “hero” dalam sidang DUN Selangor itu sebagai publisiti murahan dan wakil rakyat tersebut tidak perlu diberikan kredit kerana kerajaan BN lebih tahu tanggungjawab kepada rakyat.
Hospital baharu di Tanjong Karang itu bakal dibina di kawasan seluas 16.1 hektar dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk sekitar dengan penempatan (doktor) pakar dalam pelbagai bidang kesihatan demi memberikan rawatan terbaik kepada rakyat.
Menurut Noh, hospital baharu itu akan menjadi pusat perubatan utama menggantikan hospital sedia ada di Tanjong Karang yang bakal dijadikan pusat rawatan pesakit luar.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 10:50 AM | Show all posts
Elok la segerakan pembinaan Hospital tu.. Toksah berpolitik sangat la... HTAR tu dah tepu sangat dah.. Semua nak campak situ... Tu belum masuk warga asing yg menyemak lagi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg tgh clearkan tanah tu..tapak da nmpk da
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85 replied at 30-3-2017 11:32 AM
Skrg tgh clearkan tanah tu..tapak da nmpk da

A,ah. Harap cepatlah siap,jenuh kene transfer sungai buloh atau klang kalo kes serius.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ka6_jeram replied at 30-3-2017 11:45 AM
A,ah. Harap cepatlah siap,jenuh kene transfer sungai buloh atau klang kalo kes serius.

Betul..Hopefully tip top servicenya mcm kt sg buloh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
HTAR pun dah ada bangunan spital tambahan..Shah Alam pun dah operate..hopefully bole kurgkan kesesakan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2017 12:03 PM | Show all posts
harkktuih replied at 30-3-2017 12:02 PM
HTAR pun dah ada bangunan spital tambahan..Shah Alam pun dah operate..hopefully bole kurgkan kesesak ...

hujung2 janji pelesu dicampakkan lagi sis
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 30-3-2017 12:03 PM
hujung2 janji pelesu dicampakkan lagi sis

Janji pelesu itu darah daging mereka jua..cai pun angguk2 tepuk tgn sambil bersorak bila dijanji bulan bintang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 12:50 PM | Show all posts
CardiGans85 replied at 30-3-2017 11:32 AM
Skrg tgh clearkan tanah tu..tapak da nmpk da

tapak tu memang dah clear sejak 3 tahun sudah lagi.
siap naikkan papantanda.
kontraktor dapat tender untuk bersihkan tanah dan biarkan semak sahaja.
bila nak bina nanti lantik lagi kontraktor untuk bersihkan semak tu lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
alzan replied at 30-3-2017 12:50 PM
tapak tu memang dah clear sejak 3 tahun sudah lagi.
siap naikkan papantanda.
kontraktor dapat t ...

Oh yeke?selalu juga lalu kt sg terap tu. Ms lalu br2 ni ogt kontraktor nk start buat infra,rupanya tebas rumput je rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073001 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list