|
Edited by Keledek.kepam at 4-4-2017 12:06 PM
Pelakon Zarina Anjoulie Mohd Fahizul, 31, membuat laporan polis terhadap ibu seorang pelakon terkenal pada 23 Mac lalu selepas diburukkan oleh wanita itu menerusi laman sosial Instagram.
Zarina ketika dihubungi berkata, masalah cemburu terhadap perniagaan menjadi punca ibu pelakon wanita ini berbuat demikian terhadapnya.
"Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.
"Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik," katanya.
Menurut Zarina, sejak itu wanita terbabit mula melemparkan pelbagai tohmahan terhadapnya.
"Dia mula menyentuh peribadi saya dengan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan saya.
"Bukan itu saja, anak lelakinya juga bertindak keterlaluan apabila menghantar mesej berbaur ugutan. Disebabkan tindakan itu melampaui batas, saya bertindak membuat laporan polis," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan pada jam 7.39 petang.
Sumber: Harian Metro
Info tambahan : komen zarina
Alhamdullilah settle dah polis report supaya pihak peguam saya Boleh mengambil tindakan yang selanjut nya terhadap MAMAZURA dan suku sakat nya MONALISA SULAIMAN
Maaf nye Aku dah banyak sabar tapi korang naik lemak so ini je la jalan yg terbaik. Thank u k bye
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|