View: 2679|Reply: 8
|
Dapatkan Bibir Lembut, Gebu Dengan Menggunakan Berus Gigi
[Copy link]
|
|
Siapa yang mahu memiliki bibir yang kering, mengelupas dan gelap? Kata orang, senyuman yang manis turut datang dari bibir yang sihat.
Penggunaan lipstik yang salah juga boleh menyebabkan bibir menjadi tidak cantik, malah kering dan comot. Jadi, bagaimana agaknya untuk mengembalikan bibir yang halus dan juga menawan?
Selain sering melembapkan bibir menggunakan lip balm, ramai sering terlupa untuk membuat langkah nombor satu, iaitu menyingkirkan sel kulit mati daripada bibir.
Tak tahu caranya? Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi!
Ya, berus gigi sangat berkesan dan ramai yang tidak tahu kegunaannya selain membersihkan gigi. Namun, janganlah guna berus yang sama untuk gigi, kan!
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
** Disyorkan skrub bibir anda sebelum waktu tidur. Pagi esoknya anda boleh rasai bibir semakin lembut dan gebu. - CARI
Foto: Carian Internet |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
time mandi, bukan takat berus gigi je, msti berus bibir gak haha, iols xde lip scrub. so guna berus gigi sajooo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tips yang bagus. Tapi cuba jugak guna aleo vera, coconut oil dan vaseline. Homemade remedy untuk lip mask. Bagus jugak tau untuk bibir. Bibir rasa lembap je. Cubalah try. Dah sebulan saya guna gel aloe vera dari Jayeon. Berkesan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aquarius9283 replied at 19-5-2017 09:54 PM
Guna.halia.pun.ok
Macam mana awak buat?
Saya pun ada baca petua nak bibir merah gosok halia yang ditumbuk pada bibir dan biar sampai kering. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|