CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5088|Reply: 70

[Tempatan] Tiket ECRL KL - Kota Bharu bernilai RM520 seorang?

[Copy link]
Post time 30-3-2017 04:27 PM | Show all posts |Read mode



Berapakah anggaran tiket keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu apabila projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) siap nanti kini menjadi perhatian pelbagai pihak.


Ada yang mengganggarkan tiketnya adalah RM520 seorang berdasarkan jumlah belanja ang dikeluarkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak sekarang untuk membuat projek ini.


Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.



Seorang bekas jurutera dengan Intitut Kerjaraya Malaysia (Ikram), Rohana Hana dalam facebooknya telah membuat kiraan mudah tentang jangkaan tiket ECRL itu nanti.


"Kalau cenggini nampaknya naik kapalterbang murah lagi," kata beliau dalam posting itu.


Beliau mengajak orang ramai belajar metamatik mudah dalam mengira anggaran harga tiket ECRL itu nanti.


"Mari belajar maths. Mari kita buat kira-kira projek keretapi double track ke pantai timur," tulisnya.


"Pinjaman: RM55 bilon tempoh: 20 tahun. RM55b / 20 tahun / 365 hari = RM7.5 juta


"Maknanya sehari kena bayar balik pinjaman itu RM7.5 juta. Jadi kerajaan Malaysia kena buat jualan lepas keretapi tu berjalan sekurang-kurangnya RM7.5 juta sehari untuk bayar balik pinjaman pokok tu.

"Ini tak masuk lagi faedah, kos operasi, servis, maintenence dan sebagainya," kata beliau.

"Kita anggarlah sehari tiga trip, KL-KB & tiga trip KB - KL.

"Jadi satu trip memerlukan jualan RM7.5 juta/ 6 trip = RM1.25juta.

"Maka berapakah harga tiket perlu dijual untuk mencapai target tu?

"Kita ambillah harga tiket RM100/penumpang. Jadi berapa ramai penumpang yang diperlukan satu trip?

"RM1.25j/RM100 = 12,500 orang. Kalau 1 coach = 80 orang. 1 trip perlukan 12,500 / 80 = 156 coach.

"Agak sukar lokomotif nak tarik 156 coach? Paling banyak 30 coach/trip.

"Jadi harga tiket perlu dinaikkan ke RM520/penumpang," tulis Rohana dalam posting itu


Oleh itu beliau membuat kesimpulan,"Berapa ramai yang mampu? Lebih baik naik Air Asia, lagi murah.."

Beliau menimbulkan persoalan, "Adakah kita akan mampu capai target sales tu dan harga tiket dan mampu bayar pinjaman tu?

"Fikir-fikirkanlah......" kata bekas jurutera yang juga ketua bahagian kajian air Ikram itu.


Anak syarikat kerajaan Rail Link Sdn Bhd telah menandangani projek bernilai RM46 bilion dengan Kerajaan

Syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah menandatangani kontrak bernilai RM46 bilion dengan syarikat dari China, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi membina ECRL itu.


Ia ditandatangani ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat negara itu.


Syarikat yang bermodalkan RM2 itu ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan sahamnya di dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail.


Semasa membentangkan Bajet 2017, Najib telah mengumumkan projek ECRL dengan nilai RM55 bilion.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 04:32 PM | Show all posts
Syarikat RM2 dapat projek bilion.. memang bangang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:33 PM | Show all posts
Ape kejadah aku nak habiskan lima ratus naik keretapi gi Kelantan tuu..buang duit jer..baik aku beli tiket bas..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
famri mana famri?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:40 PM | Show all posts
kalo tren tu problem pakat berjalan la atas rail
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:41 PM | Show all posts
sis mampu tak chur ke kl dgn tiket rm520 sehala tuh @famri7 ???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2017 04:43 PM | Show all posts
ets gi utara pun rm80 - rm100 ++ sehala..
baik naik kete jah klu ramai-ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:45 PM | Show all posts
naik tuk tuk lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 04:51 PM | Show all posts
Loxlaxman replied at 30-3-2017 08:33 AM
Ape kejadah aku nak habiskan lima ratus naik keretapi gi Kelantan tuu..buang duit jer..baik aku beli ...

dgn rm500 korang boleh cikcur ke gold coast naik air asia...kdg2 kalau ada promosi rm300 jah

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 04:54 PM | Show all posts
Xkn la sampai rm500 tiket naik ecrl tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mak aih...mahal nye..baik la naik flight kalo gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 05:18 PM | Show all posts
dari awal projek nie dah fishy....

syarikat rm2 dapat projek biliyon2....yag takder track record pulak tu...

then dari syarikat rm2 tu pulak sub pegi China...

tanpa ada feasibility study...affecting future cost....ROI...terus announce nak buat...

menteri kewangan tak dapat advice dari pakar ekonomi ker?

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 05:21 PM | Show all posts
nampaknya keretapi ecrl akan jadi keretapi berhantu
tapi mgkin ada faktor lain nti ke.. insentif ke SUBSIDI ke
lgpun oghe pntai timu  kayo rayo
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 05:23 PM | Show all posts
tapi klau nti harga tiket lg rendah ada kemungkinan kos ecrl lagi rendah.. separuh lg masuk black budget
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Baper jam anggaran kl-kb tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya tujuan utama ecrl hubungkan port kuantan dgn port klang...ecer ngan central...bkn penumpang je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 05:28 PM | Show all posts
huntunglaaa rkyt pantai timur
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sum ting wong, rm50b satu project gajah putih
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 05:44 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 30-3-2017 05:49 PM

Adeh acik ni. Ingat orang je ke naik train? Stok grocery KB Mall tu datang dari mane? Wang pula, tak semua perlu datang dari positive sales je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik mas lah. Dpt seat bisnes klass harga gitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084398 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list