View: 1993|Reply: 27
|
[Tempatan]
8 orang makcik disamun ketika sedang belajar membaca Quran.
[Copy link]
|
|
Disamun ketika sedang mengaji
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 MAC 2017
[url=]
[/url]
Adun Batang Kali, Datuk Nadzari Dahlan (dua, kanan) dan Supramaniam menziarahi Rohani yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.
Dari kiri: Suami Norasiah menunjukkan kesan melecet di pergelangan tangan isterinya akibat direntap suspek yang melarikan gelang emasnya, semalam. (Kanan) Noraini menerima sembilan jahitan di tangan kiri akibat terkena parang ketika cuba mempertahankan diri.
BATANG KALI - Lapan wanita berusia 50-an berdepan detik cemas selepas diserang empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Taman Seri Batang Kali, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Seorang mangsa, Rohani Abdullah, 53, berkata, ketika kejadian, kesemua mereka ketika itu sedang mengikuti kelas membaca al-Quran di ruang luar rumah ustazah yang mengajar mereka.
Menurutnya, tiga motosikal berhenti secara mengejut di hadapan pintu pagar rumah yang tidak dikunci dan empat lelaki meluru dengan parang di tangan.
“Kami menjerit dan masing-masing lari selamatkan diri dengan masuk dalam rumah tapi kami terperangkap kat bahagian dapur.
“Ada yang tak sempat lari, tinggal kat luar rumah...semua lelaki itu pakai topi keledar dan letak parang kat leher kami.
“Mak cik lari sampai terjatuh di dapur...dia (suspek) selak tudung mak cik dan cakap...'kalau nak hidup, tak mahu mati, bagi barang kemas’,” katanya.
Norasiah Hassanuddin, 52, berkata, kelas mengaji itu merupakan rutin harian membabitkan wanita yang tinggal di taman berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sudah selesai mengaji, namun menunggu rakan lain menghabiskan bacaan masing-masing.
“Mak cik tak sempat lari sebab tergamam dengan apa yang berlaku...seorang daripada lelaki itu letak parang di leher mak cik.
“Dia selak kain tudung dan rentap gelang di tangan dengan kasar sampai pergelangan tangan melecet.
“Masa itu tak fikir apa dah... dalam hati berdoa supaya kami semua tak diapa-apakan sebab macam-macam boleh berlaku kalau mereka bertindak ganas,” katanya.
Norasiah berkata, kejadian berlaku sangat pantas dan kesemua lelaki melarikan diri dengan tiga motosikal .
Jiran, Noraini Mohamad Khairuddin, 55, berkata, dia yang berada di dapur terdengar bunyi bising dari rumah sebelah dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.
Menurutnya, secara tiba-tiba anak perempuan berusia 24 tahun yang sedang menyapu sampah di luar rumah bergegas masuk dalam keadaan ketakutan dan menutup pintu pagar.
“Seorang lelaki tidak dikenali memakai topi keledar menjerit dari rumah sebelah (rumah ustazah) suruh buka pintu.
“Dia (suspek) tendang pintu sampai terbuka.. dia masuk tarik mak cik ke luar rumah dan acu parang suruh serahkan barang kemas.
“Bila dia macam nak tetak.. mak cik tahan dengan tangan.. itu yang luka kat jari sampai kena sembilan jahitan tapi dia sempat rentap rantai kat leher mak cik,” katanya.
Ketika kejadian, seorang anaknya, Badrul Hisyam Alimin, 31, yang balik bercuti berada dalam bilik bersama cucu berusia tiga bulan.
Badrul Hisyam berkata, dia keluar bilik selepas mendengar kekecohan dan berlaku pergelutan dengan seorang penyamun itu kerana mahu menyelamatkan ibunya.
Katanya, tiga lelaki lain keluar dari rumah jiran sebelum kesemua mereka melarikan diri dengan menunggang motosikal.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...ngaji-1.651476
|
|
|
|
|
|
|
|
Gila betul, berderet2 org diorg samun!
Mmg dh lama aim makcik2 ni ke cmne? |
|
|
|
|
|
|
|
berani btl penyamun2 ni
mesti dh lama aim acik2 ni berkumpul dpn umah ustazah mengaji gamaknye
|
|
|
|
|
|
|
|
ish ish skg ni makin berani perompak kan, org ramai mcm tu pun dia berani merompak....dah tak selamat dah skg ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dah lama kena peratikan ni. Zaman sekarang walau nak ngaji reramai pun kunci le pintu leka sikit kang ada lak yang ambil kesempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
ngerinya.. teringat mak dulu kena.. smpai skrg tak mo dah pakai barang kemas..
dulu nasib la rantai tu jatuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
modus operandi yg sama, samun tika waktu org lain kuar kerja,
samun dalam kul 9-11 sblm jln raya sibuk kembali
aim pada warga emas sbb depa byk aktiviti luar kwsn rumah time2 gini
and sbb depa byk pakai barang compare tu org muda
alllaaaahaiii
|
|
|
|
|
|
|
|
memang banyak dugaan apabilakita ingin beramal. tiap kali beramal, pasti ada kuncu2 setan datang menganggu. batiniah atau zahiriah, setan tetap tak putus asa menganggu orang2 yang sedang beribadat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuncu kuncu setan yang buat kacau tu adalah keturunan lu dari lombok sana!
|
|
|
|
|
|
|
|
kan betul apa kaktom cakap. belum apa apa, dah datang sekor kuncu setan ingin menganggu syarahan kaktom. setiap kali ada syarahan agama, setan pasti antar kuncu2 nyer, seekor tak berjaya, pasti setan antar lagi sebatalion.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah...
Tak boleh nak imagine betapa traumanya makcik2 ni semua
Semoga dapat tangkap setan2 lahanat ni suma n diliwat beramai2 dlm penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya makcik2 tu mesti trauma yg sorang makcik tu berani betul nak halang budak tu nak tetak guna tangan.. parang kot makcik. nasib baik semua selamat. gila dah budak2 sekarang.
kalau ada barang kemas toksah la pakai simpan je la. cash jgn bwk byk2. orang sekarang dah hilang akal |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi nak lepak2 kat laman rumah pun tak senang skrang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Jikaler betol..kesian acik2 tu..tgh bljr quran je kot...mesti trauma sumo idup tu..
Yenna...gi la rompak org kaya tlajak laris ke..telajak putih ke....reta depa bkoyan..berlian sepah2 je dalam bilik...
: |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman gawat sangat ka skarang ni. Penyamun terdesak sangat. Mana acong? Mesti dia akan tanya mana tohan.? |
|
|
|
|
|
|
|
selalu kalo makcik2 yg kena samun ni, mesti pakai barang kemas tebal2..dari jauh dah nampak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka punya perompak sbb kacau makcik2 ni
Harap ko dapat balasan cash jd lumpuh dan kene lenyek dgn lori 10tan
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak guna punya penyamun. Moga mampus disambar petir. |
|
|
|
|
|
|
|
Haih... harap penyamun mampus kena langgar lori |
|
|
|
|
|
|
|
harap sempat bertobat sblm mati |
|
|
|
|
|
|
| |
|