CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139804|Reply: 3065

Edisi ABPBH 3.0 : Sudah katup. Update winners di #1

 Close [Copy link]
Post time 31-3-2017 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by katibism at 15-5-2017 12:43 AM

ABPBH 3.0 kembali dengan tema futuristik



KUALA LUMPUR: Anugerah berprestij pilihan peminat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali dengan edisi ke-30, ABPBH 3.0 bertemakan futuristik. Meraikan tiga dekad ABPBH, tema futuristik dipilih bagi menggambarkan perubahan teknologi yang mempengaruhi kehidupan manusia. Elemen futuristik dalam bidang seni merujuk kepada karya dihasilkan daripada ledakan teknologi dan trending di laman sosial, namun masih mengangkat nilai estetika dan identiti diri.

Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 3.0, Datuk Mahfar Ali berkata, ABPBH adalah satu-satunya anugerah pilihan pembaca yang dianjurkan secara konsisten di Malaysia. "Sesuai dengan kematangan ABPBH yang menginjak usia 30 tahun, tema futuristik dilihat mampu mendekati kelompok peminat baharu melalui penyebaran maklumat menerusi media sosial. "Sebagai akhbar 'Merentas Generasi', BH bersemangat untuk menganjurkan ABPBH 3.0 yang sentiasa dinanti-nantikan peminat seni hiburan tanah air," katanya. Mahfar berkata, pada ABPBH 29 tahun lalu, acara yang disiarkan secara langsung oleh TV3 itu mencatat jumlah tontonan tertinggi sebanyak 5.5 juta.

"Siaran langsung atas talian mencatat 61,000 penonton dan laman sesawang ABPBH pula merekodkan 1,490,000 audiens. "Hashtag #abpbh29 juga digunakan dalam lebih 59,000 tweet di seluruh dunia," katanya. ABPBH 3.0 menampilkan konsep berbeza sesuai dengan kematangan dan keutuhan akhbar BH yang bakal meraikan ulang tahun ke-60, Julai depan. Konsep futuristik akan diinterpretasi melalui setiap aktiviti promosi dan publisiti ABPBH 3.0. Usaha ini akan merentasi semua platform dengan memberi penekanan terhadap media sosial dan platform digital utama. Acara utama sudah pasti malam kemuncak ABPBH 3.0 yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 14 Mei depan.


Mahfar berkata, BH yakin ABPBH terus relevan sebagai pengukur prestasi penggiat seni, selaras dengan evolusi berita dan kandungan BH yang sentiasa mengutamakan produk yang segar dan menarik perhatian pembaca muda. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 3.0 yang juga Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, ABPBH dianjurkan bagi memberi pengiktirafan bukan saja kepada penggiat seni tanah air, malah memberi peluang kepada pembaca memilih artis pujaan melalui undian secara online. Shamshul Azree berkata, penganjur mengubah kaedah pengundian yang dilakukan secara online 100 peratus di laman web ABPBH iaitu www.abpbh.com.my mulai 5 April sehingga 30 April depan. Tiada bayaran dikenakan untuk undian yang dibuat.

Update Pemenang:

Artis Baharu Lelaki Popular :

Khai Bahar

Artis Baharu Wanita Popular :

Sweet Qismina

Pelakon Filem Lelaki Popular

Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular

Fazura

Pelakon TV Lelaki Popular

Fattah Amin

Pelakon TV Wanita Popular

Janna Nick

Penyanyi Lelaki Popular

Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular

Siti Nordiana

Artis Kolaborasi Kumpulan/Duo Popular

Akim & The Majistret

Artis Komedi Popular

Zizan Razak

Artis Versatil Popular

Ifa Raziah

Pengacara TV Popular

Neelofa

Penyampai Radio Popular

Radin Era

Gandingan Serasi Drama

Neelofa - Fattah Amin (SHMP)

Gandingan Serasi Filem

Syamsul-Nabila (Munafik)

Personaliti Media Sosial

Makhlok Macho

Artis Berpengaruh di Laman Sosial

Neelofa

Artis Sensasi

Fattah Amin

BPP :FATTAH AMIN

Alif Satar, Neelofa - 5, Zizan Razak, Ayda Jebat - 4, Fattah Amin - 3, Fazura, Mira Filzah, Aiman Tino, Johan, Erra fazira, Nana, Wany Hasrita - 2

Persembahan: Search-Haiza, Lina Pom pom-Ayda jebat, Khai bahar-Tajul -Usop mentor, Mawi-Syamsul-Altimet & Kak Ani serta Tokti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2017 03:17 PM | Show all posts
So gosipnya...boleh lawan Top AME 2017 ke idok? Top 5 AME nampak relevan jugoks
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 03:17 PM | Show all posts
kalau dah pemenangnya hajah garit/kayu sepatah takde value dah award ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya patah amon boleh menang besar...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 03:41 PM | Show all posts
katibism replied at 31-3-2017 03:17 PM
So gosipnya...boleh lawan Top AME 2017 ke idok? Top 5 AME nampak relevan jugoks

pencalonan AME 90% talent bawah Astro sendiri, at least, ABP ni semua pencalonan awal setiap radio, stesen tv pun ado .. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
So... kalau nak undi pasni takyah beli newspaper lah eh. Undi secara online je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2017 03:43 PM | Show all posts
pemenang dah tau dah
so bule terus bagi anugerah bintang paling popular awal2 majlis
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Say no to lofake..bleb??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Say no to lofake..bleb??
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 03:53 PM | Show all posts
nk tgk sape menang, tgk berapa byk thread org tu ada kt cari
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 03:57 PM | Show all posts
baru je meols menyeru nyeru mana ABPBH kali ni....sekalii  nah diaaa...muncull kembalii... hahaaaa

makanya bila pulak anugerah seput (siput) 2016 sprt yg dicanang canangkan di awal tahun hari tu ... hahaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:22 PM | Show all posts
lambat abp thn nie.. slalo bln 4 dh bt.. nie bln 4 baru nak undi..
kalo dh 30thn tp msh ditakuk yg sama hentikan sje..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemenangnya mengarut sgt. Popular bukan sbb lakonan/nyanyian/pengacaraan. Tp sbb gosip2 murahan/undi diri sndr/ lepastu tnpa segan silu bangga mendapat award ibarat mmg betol2 popular. Hakikatny, kalau jalan sebelah2 ramai aje rakyat msia xknal.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jemahjacjon replied at 31-3-2017 04:27 PM
Pemenangnya mengarut sgt. Popular bukan sbb lakonan/nyanyian/pengacaraan. Tp sbb gosip2 murahan/undi ...

Sbb tu abpbh kena pilih sendiri top 5 berdasarkan pencapaian dalam karier seni mereka, pilih bdasarkan merit penjualan album or single, rating drama or kutipan filem, persembahan memukau dalam lakonan dan nyanyian live and terus letak top 5. Tp dh voting online ni kira dh maju jgk laa. So xdelah yg ada BBNU fan club jer yg bermatian2 fangkah paper
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Online 5 kategori je
"Shamshul Azree berkata, lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama, Gandingan Serasi Filem, Personaliti Media Sosial, Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Artis Sensasi juga diperkenalkan bagi menambah kemeriahan ABPBH 3.0"

So pemenang mmg sapa yg sanggup borong paper gak la kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 06:03 PM | Show all posts
kalau dah undi online ni , maka iols mmg tau la sape pemenang2 nya.

memang tak la nak tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa masKot tahun ni? Meols cadangkan lady didie yach!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
So lofake.. sorry yach.. tahun lepas u boleh beli surat khabar baper puluh ribu nak menang.. hangkut sekali si tini kepam n along tu pegi vote.. online kali ni jgn berangan yach..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah 1 MyKad No 1 vote ??

Kalau ya, ada fan club yg boleh guna semula database yg ada sekali MyKad No
Buat syif sekali untuk data entry
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg totally on9 vote?bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.500852 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list