CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 15

[Dunia] Lelaki Britain cipta sut iron man boleh terbang.

[Copy link]
Post time 2-4-2017 06:45 PM | Show all posts |Read mode



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1620x1080.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x900.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 750x422.

Richard Browning membuktikan sut yang dicipta mampu menerbangkan manusia.

LONDON 1 April - Seorang pereka British yang fanatik dengan dunia aeronautik berjaya merealisasikan impiannya untuk mereka cipta sut berteknologi tinggi ala Iron Man yang boleh digunakan untuk terbang.

Usahawan dan pereka muda itu, Richard Browning berjaya mencipta sut berkenaan yang diberi nama ‘Daedalus’ yang mana pemakainya memiliki kebolehan untuk terbang beberapa kilometer tinggi di angkasa.

Browning mendakwa Daedalus mampu menerbangkan seseorang sejauh beberapa ratus kilometer sejam.

Daily Mail melaporkan, Browning menggunakan teknologi graviti dengan memasang jet enjin mini selain menggunakan tubuh badan manusia untuk mengawal penerbangan.

Empat enjin turbin gas lengan dipasang selain dua enjin turbin gas pinggang bagi membolehkan seseorang menampung berat badan mereka untuk jangka masa yang lama untuk terbang.

Sebuah rakaman video dijadikan bukti untuk menunjukkan juruterbang menggunakan sut berkenaan untuk bergerak ke hadapan dan belakang secara cekap serta berkesan.

Selepas kejayaan menggunakan turbin tangan jurutera telah menambah lebih banyak enjin yang direka khas untuk menggandakan kuasa terbang.

Browning berkata, Daedalus adalah permulaan teknologi yang mempunyai potensi besar dalam aplikasi penerbangan, komersial dan hiburan.

“Saya mempunyai darah aeronautik kerana kedua-dua datuk saya merupakan juruterbang, salah seorangnya juga pernah mengendalikan kapal perang ketika Perang Dunia Kedua, Hurricanes manakala seorang lagi merupakan Pengerusi Westland Helicopters.

“Bapa saya pula seorang jurutera aeronautik dan juga seorang pakar inovasi. Kami sangat serius dalam membawa teknologi hebat dalam bidang aeronautik,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz4d4XbZRWf



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2017 07:03 PM | Show all posts
jap lg elon musk pun sibuk2 buat iron man hybrid..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 2-4-2017 11:03 AM
jap lg elon musk pun sibuk2 buat iron man hybrid..

aku rasa macam nak pindah dok sana la. takde bayar gaji pun takpe. best doo reka bende2 mmacam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 07:22 PM | Show all posts
gigahertz replied at 2-4-2017 07:06 PM
aku rasa macam nak pindah dok sana la. takde bayar gaji pun takpe. best doo reka bende2 mmacam ni.

99% startup fail.. 1% only sustain.. boleh duk kat silicon valley cuma tak de life..

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap dpt dijual segera sb aku dah x lalu ngadap jalan jem minyak naik dan tol
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 2-4-2017 11:24 AM
Harap dpt dijual segera sb aku dah x lalu ngadap jalan jem minyak naik dan tol

aku terinngin nak buat bisnes tramsportstion guna helikopter. nak gi seremban landing atas terminal one   guna escalator turun bawah naik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2017 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 2-4-2017 07:29 PM
aku terinngin nak buat bisnes tramsportstion guna helikopter. nak gi seremban landing atas termina ...

Mahal kos sape nk naik
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 07:57 PM | Show all posts
In Greek mythology, Daedalus was a skillful craftsman and artist. He is the father of Icarus, the uncle of Perdix and possibly also the father of Iapyx, although this is unclear.
Anak menakan Zeus ka ni?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 2-4-2017 11:29 AM
aku terinngin nak buat bisnes tramsportstion guna helikopter. nak gi seremban landing atas termina ...

Amboiiiiii....bisnes....  
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 09:08 PM | Show all posts
Agak kagum. Namun banyak lagi kena improve dari segi safety.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 09:37 PM | Show all posts
gigahertz replied at 2-4-2017 07:29 PM
aku terinngin nak buat bisnes tramsportstion guna helikopter. nak gi seremban landing atas termina ...

Takde yang mustahil.
Usaha la, mana tau bisnes hg boleh berjaya


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 2-4-2017 01:08 PM
Agak kagum. Namun banyak lagi kena improve dari segi safety.

ingat tak scene iron man 1 yang masa tgh testing devices kat lab dia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 09:32 AM | Show all posts
permulaan yg baik...perlu banyak improvement lagi tu...

utk org malaysia banyak lagi perlu kita fikir...yg lebih berguna utk org kebanyakan..

contohnya buat mesin pengumpas kulit jagung bakar...kesian penjual jagung bakar di Kg. Lapasan sebelah politeknik tu... nak siang kulit jagung yg panas bukan main susah...nampak sangat tak hygene..wondering bagaimana pelancong jepun, korea nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pk tkut tiba2 jatuh klo ada msalh teknikal je time terbang
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 3-4-2017 01:13 PM
aku pk tkut tiba2 jatuh klo ada msalh teknikal je time terbang

Mesti ade parachute sekali   
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 3-4-2017 01:22 PM
Mesti ade parachute sekali

takut parachute rosak.hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.079181 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list