|
|
“Bookie ini akan cuba mendekati dengan pelbagai cara. Oleh sebab itu pemain harus menjauhkan diripada dari aktiviti yang tidak berkaitan.”
Demikian amaran Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Datuk Azam Baki buat semua pemain bola sepak tanah air dalam sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kelmarin.
Memetik laporan Bernama, tegas beliau nama tertentu sedang dalam pemantauan SPRM dan sekiranya terdapat bukti, pihak SPRM akan ambil tindakan.
Justeru itu, nasihat beliau agar pemain terbabit berhenti melakukan perbuatan yang menyalahi undamg-undang.
“Terdapat sesetengah orang (pemain) mungkin SPRM tidak boleh kesan, tetapi sekali kita tahu, kita akan menyiasat dan implikasinya selepas itu ialah kamu boleh dilarang (bermain) seumur hidup. Ia tidak berbaloi kepada pemain atau persatuan mereka."
Pada majlis itu seramai 380 orang pemain bola sepak dan pegawai di bawah PAFA berikrar untuk bebas daripada rasuah.
Mengulas lanjut, Azam berkata berdasarkan risikan, satu sebab gejala rasuah berlaku dalam arena bola sepak adalah kerana mendapat desakan daripada ‘bookie’.- CARI
sumber foto: FMT
|
|