CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22736|Reply: 317

[Tempatan] Rakyat Malaysia hilang selepas menonton konsert di Jakarta dijumpai dalam lokap

[Copy link]
Post time 5-4-2017 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Voyagers at 10-4-2017 02:04 PM

KUALA LUMPUR: Dua warga Malaysia didakwa hilang di Jakarta, Indonesia selepas tiba ke negara itu, Khamis lalu untuk menonton sebuah konsert di sana. Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, dan rakannya, Mohd Shafa Ahmad, 29, kedua-duanya berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor berlepas ke Jakarta menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Khamis lalu.

Kakak Kamarol Ariffin, Junaina, 33, khuatir dengan keselamatan adik serta rakannya itu kerana tidak menerima sebarang khabar berita daripada mereka selepas kedua-duanya tidak muncul di klia2, Ahad lalu.

"Mereka sepatutnya berada di Jakarta selama empat hari dan sepatutnya sampai dengan penerbangan dari Jakarta pada jam 11 malam, Ahad lalu.

"Namun selepas lebih empat jam menunggu, mereka tidak muncul menyebabkan saya bimbang dan membuat satu laporan polis di Balai Polis klia2 sebelum melakukan semakan di kaunter imigresen.

"Semakan mendapati mereka memang berlepas ke Jakarta kira-kira jam 2.15 petang dan tiba di sana Khamis lalu, bagaimanapun tiada rekod menunjukkan mereka pulang ke Malaysia," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Menurut Junaina, Kamarol Ariffin yang lebih mesra dipanggil Boboy oleh keluarga Mohd Shafa sepatutnya menonton konsert berkenaan bersama enam lagi rakan lain, namun mereka menaiki penerbangan berasingan pada Jumaat.

"Rakannya yang lain memaklumkan tidak berjumpa dengan Kamarol Ariffin dan Mohd Shafa sebaik tiba di Jakarta seperti yang dijanjikan dan mereka berdua juga tidak mendaftar masuk ke hotel yang mereka tempah.

"Kali terakhir saya bersamanya Khamis lalu dia cuma berpesan supaya tidak lupa untuk menunggunya pulang di klia2 pada hari Ahad, tiada apa yang pelik dengan kelakuannya, cuma dia teruja untuk bercuti ke Jakarta," katanya.

Katanya lagi, dia dan keluarganya melakukan pelbagai usaha dengan melaporkan perkara itu kepada pihak Wisma Putra serta kedutaan Malaysia di Indonesia serta kedutaan Indonesia di sini.

"Hari ini saya terima panggilan telefon daripada pihak kedutaan Indonesia memaklumkan rekod pasport menunjukkan adik saya dikesan mendaftar masuk di Johor semalam, namun jika benar dia sudah pulang ke Malaysia, mengapa sehingga kini dia masih tidak menghubungi saya atau pulang ke rumah?

"Kami buntu memikirkan apa sebenarnya berlaku, namun saya minta semua pihak doakan keselamatan adik saya dan Mohd Shafa dan sehingga kini kami sekeluarga masih menunggu sebarang perkembangan," kata Junaina lagi.

Junaina berkata mereka juga tidak menerima maklumat mengenai dakwaan adiknya dan rakan itu dirompak. Difahamkan, Kamarol Ariffin yang masih bujang dan bekerja sebagai penghantar surat di Klang ke Jakarta untuk menonton konsert 'Armin Only Embrance World Tour' oleh DJ Armin Van Buuren di Jiexpo Kemayoran, Jakarta yang berlangsung pada Jumaat malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dikerjekan indon ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2017 03:36 PM | Show all posts

cuba kau CSI



KAMAROL Arifin Mohamad Darus (kiri) dan Mohd Shafa Ahmad di klia2 sebelum berlepas ke Jakarta pada Khamis tetapi tidak pulang pada hari sepatutnya mereka balik pada Ahad menyebabkan keluarga bimbang.


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Voyagers replied at 5-4-2017 03:36 PM
cuba kau CSI



Tunggule 18 tahun dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:40 PM | Show all posts
kemain layan dj van buuren
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 5-4-2017 03:36 PM
tengah hilang dalam "trance" tuuu, nak ber-Van Buuren sangat....

tapi dikesan masuk melalui johor kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2017 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan van burren tuh indon keturunan dihenjut belanda ... @gester
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:45 PM | Show all posts
pyropura replied at 5-4-2017 03:44 PM
Ingatkan van burren tuh indon keturunan dihenjut belanda ...  @gester

malon ingat indon selalu sebab jeles kaaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap selamat jela. Tp awal2 lg da x join geng cam fishy puloks. Sesuatu sgt budak2 nih. Yg sakit jiwa raga, family
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 5-4-2017 03:40 PM
tapi dikesan masuk melalui johor kan?

Yg masuk tu mungkin indon yg pakai paspot mamat yg ilang tuh  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
gester replied at 5-4-2017 03:45 PM
malon ingat indon selalu sebab jeles kaaan

Indon gimana pun belanda jugak yg dipuja, dj pun dj  lah ...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:52 PM | Show all posts
kalau tak silap meols, deyoll tak muncul pun kat konsert tu.. sebab kawan-kawan deyoll pun duk tunggu kat depan main entrance katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 5-4-2017 03:49 PM
Yg masuk tu mungkin indon yg pakai paspot mamat yg ilang tuh

aku nak taip camtu sebrnarnya tapi knowing indons kan suka masuk laluan tikus
lagi thrill katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:54 PM | Show all posts
Edited by nolya at 5-4-2017 03:57 PM

Kalau rekod  imigresen dikesan mendaftar masuk di Johor semalam, bererti mereka  sudah kembali ke Malaysialah.  Musykilnya,  flight mereka kemaren tu adakah untuk perjalanan KUL-CGK-KUL dn dgn pesawat ape... MAS, Garuda, AA, Malindo atau Lion?  Dah tu balek  tukar flight  route ke, turun kat Senai, Johor?  Mungkin  pihak waris boleh cek dgn airline trs  kalau2  nama  mereka terdaftar  untuk flight  dari Jkt-Senai.  Semoga selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:55 PM | Show all posts
mesti babi2 INDON sembunyi buat hostage...dasar miskin punya negara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2017 03:58 PM | Show all posts
nolya replied at 5-4-2017 03:54 PM
Kalau rekod  imigresen dikesan mendaftar masuk di Johor semalam, bererti mereka  sudah kembali ke Ma ...

berita cakap masuk ikut johor je
mungkin pergi singapore dulu
masuk ikut jalan darat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2017 03:59 PM | Show all posts
negara indon x selamat....sebab tu ummah pprt ramai dtg ke malaysia, negara maju dan aman damai

@gester
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:03 PM | Show all posts
Edited by kentel at 5-4-2017 04:05 PM

ummah lemari kot??? kes2 mcm yang mendiamkan diri dkt us tu kot tau2 nak hidup sama bercinta segala
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:06 PM | Show all posts
pegi honeymoon berdua la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:11 PM | Show all posts
pyropura replied at 5-4-2017 03:51 PM
Indon gimana pun belanda jugak yg dipuja, dj pun dj  lah ...

dj dipuja?? puja itu macam malon dengan ratu eliz guoblok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.098114 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list