CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1119|Reply: 1

Terbuka Malaysia 2017: Beregu Utama Lelaki Negara Tersingkir Di Pusingan Awal

[Copy link]
Post time 6-4-2017 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tersingkir awal di pusingan pertama dalam kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Stadium Perpaduan, Kuching yang berlangsung semalam.


Memetik laporan Bernama, pemegang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu tewas selepas bertarung dalam tempoh 36 minit menentang pasangan Hong Kong, Chin Chung-Tang Chun Man 21-17, 23-21.


Menurut Wee Kiong, kekalahan tersebut bukan atas faktor tekanan daripada penyokong sendiri, sebaliknya disebabkan mereka lewat membuat kebangkitan.


“Bukan disebabkan penonton tapi adalah kesilapan dari diri. Kita lambat bangkit kembali dan nyata ia mengganggu rentak permainan.”


Namun kekecewaan peminat terubat apabila satu lagi pasangan negara, Choo Kah Ming-Low Juan Shen meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-huei-Lee Yang 22-20, 21-16.


Pasangan Kah Ming-Juan Shen menamatkan permainan dalam masa 37 minit.- CARI

sumber foto: mstar




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ape2 dah berusaha kan..xda nasib kali nie..cuba lagi..jiayok2x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.046078 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list