Negara digemparkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkaitan isu perogol dan mangsa rogol baru-baru ini.
Dalam kenyataan dalam persidangan Dewan Rakyat itu, Shabudin menyatakan yang perkahwinan antara mangsa rogol di bawah umur dengan perogolnya mungkin boleh mengubati masalah sosial.
www.malaysiakini.com
Tambahnya lagi, walaupun rogol adalah jenayah, undang-undang tidak menghalang mangsa rogol daripada berkahwin dengan individu merogolnya.
Disebabkan itulah rakyat negara ini bangkit menyerang dan mengecam kenyataan beliau yang seolah-olah tidak bertamadun dan tidak masuk akal.
Media asing seperti BBC yang membuat liputan mengenai isu ini juga menggambarkan ahli Parlimen di Malaysia seolah-olah sudah hilang akal dan tidak waras lagi.
Foto: www.bbc.com
Walau bagaimanapun, sebenarnya itu cuma kenyataan yang sudah disalah ertikan oleh media yang tidak bertanggungjawab.
Kenyataan tersebut diputar belitkan hingga mewujudkan salah faham dalam masyarakat di negara ini.
Dalam penjelasannya kepada The Malay Mail Online, "Saya amat kecewa dan terkejut dengan cara media massa yang melaporkan perbahasan saya secara tidak tepat seolah-seolah menggambarkan saya ini menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa."
Berikut merupakan penjelasan sebenarnya:
Penjelasan secara terperinci ini kemudiannya mendapat respon dari masyarakat yang sedar laporan sebelum ini adalah hanya sekadar 'jari jahat' media yang memutar belitkan fakta.
Namun, ramai juga yang masih belum jelas dan masih menyalahkan kenyataan yang dikeluarkan oleh MP Shabudin.
Jadikan isu ini sebagai pengajaran, dan sebagai pengamal media, apa yang ditulis perlulah disertakan dengan integriti agar tidak memberikan maklumat dan gambaran yang salah tentang sesuatu perkara.
Sedih bila memikirkan fitnah semakin berleluasa pada hari ini. Apa pendapat anda? -CARI |