View: 1395|Reply: 5
|
Elak Laluan Perairan Berisiko, Norway Bina Terowong Laut Kapal Pertama Dunia
[Copy link]
|
|
Bagi mengelakkan laluan perairan berbahaya, Kerajaan Norway mengumumkan rancangan pembinaan terowong laut yang pertama di dunia melalui sebuah gunung yang memintas Semenanjung Stad berada di kawasan ribut di barat Norway.
“Akhirnya Terowong Stad bagi kegunaan bot-bot akan dibina,” kata Menteri Pengangkutan Norway, Ketil Solvik-Olsen ketika membentangkan pelan pengangkutan komprehensif bagi tahun 2018-2029."
Memetik laporan AFP, terowong tersebut dikatakan berukuran 1.7 kilometer panjang dan 36 meter lebar, bakal menjadikan perjalanan lebih selamat.
Laut Utara yang berisiko dengan angin kuat dari luar Semenanjung dan banyak kapal terpaksa menunggu ribut reda sebelum meneruskan perjalanan mereka.
Terowong Stad yang akan menjadi yang pertama untuk menampung kapal sehingga 16,000 tan untuk pengangkutan fret dan penumpang, termasuk ikon Bergen-Kirkenes Coastal Express, yang menghubungkan selatan dan utara.
Projek itu dianggarkan AS$315 juta dan mengambil masa antara tiga hingga empat tahun untuk disiapkan.- CARI
sumber foto: AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
kat Jerman dah lama ada flyover untuk kapal. Atas bawah kapal lalu....
|
|
|
|
|
|
|
|
cheergirlz replied at 9-4-2017 10:44 AM
klu kat sini kapal selam timbul jer..x tenggelam2 pon
Mana ko tau |
|
|
|
|
|
|
|
Tengah bayangkan kapal lali smart tunnel |
|
|
|
|
|
|
| |
|