View: 3012|Reply: 17
|
Anda Mungkin Mahu Mencuba Kopi Halia Selepas Baca Ini
[Copy link]
|
|
Anda mungkin pernah merasai dan menikmati teh halia panas mahupun yang sejuk. Namun, pernahkah anda membayangkan kopi yang dicampurkan dengan halia? Apa pula rasanya?
Sebenarnya ia bukan sahaja mempunyai rasa yang unik dan sensasi, menggabungkan halia bersama kopi merupakan satu cara untuk mendapatkan satu minuman yang sangat sihat, bukan omong kosong ya!
Jika anda tidak tahu, kedua-dua halia dan juga kopi merupakan jaguh bagi carta antioksidan terbaik. Kopi berada di tempat pertama dikenali sebagai makanan yang sangat tinggi kandungan antioksidan. Manakala, halia tidak jauh dari situ, turut dipercayai mengandungi antioksidan sangat tinggi.
Jadi, bayangkan anda menggabungkan keduanya! Kopi yang kebanyakan disukai oleh lelaki membantu menangani pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, diabetes jenis 2, Parkinson dan sebagainya.
Manakala, halia telah digunakan sejak 2,000 tahun lalu dalam pelbagai tamadun terutamanya di Asia dan juga Afrika. Bukan sahaja menyedapkan makanan malah diangkat sebagai salah satu makanan paling sihat di dunia.
Antara kelebihan halia termasuklah sifatnya yang antibakteria, antioksidan, anti-kanser, menurunkan kadar kolesterol, melawan diabetes dan melindungi hati.
Foto: Carian internet
Jadi, mengapa masukkan halia dalam kopi anda?
Memetik laman nicksfit, kombinasi halia dan kopi ini secara ringkasnya mampu meningkatkan fungsi antioksidan dan juga anti-radang. Bayangkan kesannya kepada tubuh?
Laman tersebut turut mengesyorkan penggunaan serbuk halia, berbanding halia segar kerana bukan sahaja lebih enak, ia juga mampu berfungsi memanaskan badan dan juga membantu melancarkan penghadaman.
Oleh itu, bagi anda yang ingin mencubanya, hanya tambahkan 1 sudu kecil serbuk halia dalam minuman kopi anda. Lepas ini, ia bolehlah menjadi rutin anda ya! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dah pernah try.. sedapppp! |
|
|
|
|
|
|
|
Memang slalu buat,sbb kopi o kgemaran saya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Serbuk halia nak cari kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 10-4-2017 07:15 PM
Serbuk halia nak cari kat mana?
Ada jual kat Giant,Aeon Big...
Cer cari |
|
|
|
|
|
|
|
Teh halia pun akak tak pernah try inikan pula kopi halia |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon bila i order air jangan terbancuh halia itu sekali. Tak kelakar nescafe ada rasa halia. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah try coffee dgn butter je..
Halia belum lagi..
Nk buat la... |
|
|
|
|
|
|
|
xpnh cuba lg.. boleh cuba lps nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aneem replied at 10-4-2017 09:55 PM
Pernah try coffee dgn butter je..
Halia belum lagi..
Nk buat la...
Sedap kan,wangi bau coffee |
|
|
|
|
|
|
|
kita pun tak pernah cuba lagi... tapi kopi ada strong taste dan halia juga ada strong taste..sesuai ke bila bergabung? |
|
|
|
|
|
|
|
Kopi halia teh halia memang best. Jgn letak gula tau. Minum pagi2 sebelum makan. Sapa nak maintain berat badan boleh try. Ada org boleh kurus bila buat ni. Pagi2 minum segelas green tea campur jus limau nipis atau lemon. Lepas 1 jam baru sarapan. Minuman ni dapat tolong breakdown lemak itu. |
|
|
|
|
|
|
|
iollss kalau nak buang angin dlm badan baru minum teh halia. kalau tak idokk lahh nak minum bukan sedap ponnn |
|
|
|
|
|
|
|
biasa minum te o halia..kopi o xpnh try lg |
|
|
|
|
|
|
|
Best buang angin je pastu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus untuk badan tapi tak boleh minum hari 2. Badan macam lemah je .. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|