Dalam salah satu kecaman paling keras pernah dibuat kepada DAP, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap parti berkenaan sebagai "butir tahi" PAP Singapura. Berucap di Rusila malam tadi, Abdul Hadi berkata, Singapura adalah "bapa DAP" dan di negara berkenaan parti yang memerintah ialah PAP (Parti Tindakan Rakyat). "Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP. "Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia," katanya di majlis ceramah perdana sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355).
|