Tidak dapat dinafikan bawang putih memang bagus untuk kesihatan anda.
Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2007 di University of Alabama, bawang putih dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.
Namun aduhai, nak muntah rasanya bila dekat dengan orang yang nafasnya berbau bawang putih.
Foto: todaysdentistry.us
Begitu juga dengan diri kita sendiri, mesti rasa tak selesa bila nak bercakap dengan orang selepas makan bawang putih bukan?
Elakkan masalah ini dari menjadi bebanan fikiran lagi dengan menjadikan bahan di bawah sebagai cara untuk menghilangkan nafas berbau!
Epal
Epal yang mempunyai kadar serat yang tinggi ini rupanya memang elok. Kandungan polyphenol di dalamnya memang berkesan untuk menghilangkan bau mulut yang tidak enak.
Foto: sites.psu.edu
Bayam
Menurut Sheryl Barringer, seorang pakar pemakanan dari Ohio menyatakan yang kandungan polyphenol dalam bayam juga sangat membantu dalam menghilangkan bau bawang putih dalam mulut.
Foto: authoritynutrition.com
Susu
Minum sahaja produk tenusu ini selepas makan bawang putih. Susu membantu mencuci mulut dan menyingkirkan lemak dalam mulut yang sekaligus menghilang bau yang tidak menyenangkan.
Foto: Huffingtonpost.com
Teh Hijau
Kalau anda bukan penggemar susu, minum sahaja teh hijau. Ini boleh dijadikan sebagai alternatif untuk mengusir jauh-jauh bau bawang putih.
Foto: .cancerfightersthrive.com
Mudahnya bila dah tau rahsianya kan? Lepas ini tak perlu lagi malu untuk bercakap selepas makan bawang putih ya. -CARI
|