Itulah yang diucapkan oleh seorang netizen bernama Syed Azmi yang memuji tindakan dan keputusan yang dibuat oleh restoran makanan segera itu.
Apa yang dilakukan oleh Mcdonald's sehingga membuatkan netizen ini bukan sahaja teruja malah tersentuh? Pasti ada cerita di sebaliknya.
"Ini Mior Azib Mior Kamarulbaid. Dia berumur 23 tahun. Hari ini merupakan hari pertamanya bekerja di Mcdonald's Bandar Tun Hussein Onn."
Syed Azmi memperkenalkan individu dalam gambar yang dimuatnaik ke dalam Facebooknya. Katanya, dia bercakap dengan Mior Azlan, abang kepada Mior Azib (gambar) yang begitu berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada adiknya.
""Terima Kasih Mcd bagi peluang adik saya kerja, walaupun adik saya ini Sindrom Down serba kurang, sekurang- kurangnya Mcd beri peluang untuk anak - anak syurga mcm Azib urus diri, saya tak kisah pasal gaji yang penting Azib boleh bantu diri dia untuk teruskan kehidupan seperti orang lain. Terima Kasih Mcd Semoga Allah bagi ganjaran atas niat murni bantu Anak-Anak Syurga .
"Saya harap syarikat -syarikat diluar sana yang berkemampuan berilah peluang kepada Anak- Anak syurga ni mereka bukan orang biasa tetapi mereka ni luar biasa nikmat Yang Allah beri pada mereka kita boleh kongsi untuk Saham Akhirat," katanya.
Para netizen turut memberikan sokongan dan juga berkongsi pengalaman berkunjung ke restoran lain yang turut memberikan peluang kepada golongan OKU.
"Di Kuching Sarawak, ada satu restauran KFC tu kita panggil KFC Bisu. Sebab kebanyakan staff dia orang OKU jenis bisu. Bila nak order tu, kite main tunjuk tunjuk je la. Tapi lama dah tak gi sana."
Bukan itu sahaja, laman Facebook rasmi Mcdonald's Malaysia turut terkesan dengan perkongsian daripada Syed Azmi ini. Buat masa ini, hampir 700 'share' daripada netizen berhubungan status yang ini. Hebat, kan!
Penulis bersetuju dengan Syed Azmi bila dia berkata, "Bagi saya dia (Mior Azib) merupakan simbol kepada pengharapan." - CARI
yg komen psl boikot mcd tu... ok nk tanya barang ape kat rumah uols xde dari yahudi tu?? tlg jgn campur sentimen lain. kite puji mekdi sb dia x ksiah nk ambik staff yg ade kelainan upaya mcm kite yg sempurna ni.
Post time 13-4-2017 11:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada satu novel omputih aku baca psl anak down syndrome..anak dia boleh je kerja tp kena buat kerja yg repetitive..cth dlm buku tu anak dia kerja bahagian binding buku...mmg itu je yang dia buat..kalau nk tukar rutin boleh..tp train lama sikit ..lama2 mmg diorang boleh buat..kiranya anak2 down syndrome ni boleh..cuma perlu latihan khusus...betul ke mcm tu?
Post time 13-4-2017 12:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Few years back, mcd sungai petani ada staff pekak bisu..buat kerja bersih2 meja, refill sos.
Masa awal2 buka aeon big alor setar, ada sorang cashier die, i xsure autism ke ape ke, harga kita beli katakn rm28.20 kita bagi rm30.20 sbb kita taknak balance syiling.tapi dia taknak sen tu..dia amik rm30 tu je dan return syiling kat kita..
Dah bertambah syiling dalam dompet
'I am Sam' sgt khennn... berpusu2 la warga sekitar dtg McD kebangga penduduk setempat...btw apa cerita cafe kucing sebelah McD ni yg kekonon kena black magic tu...
I bila tgk video anak zarina tantrum terus mood I berubah. Mood I berubah jadi kesian, sedih, takut, tak sampai hati, tertanya-tanya dan etc. At last, I kagum sangat dgn ketabahan Zarina besarkan anak-anak dia. Bukan sorg yang sakit tapi dua.
Well said. And I tak pernah boikot McD sebab yang banyak kerja dalam McD tu pun rakyat kita juga. Kalau kita boikot depa nak kerja apa? Zaman skrg bukan sng nak cari kerja.