View: 11942|Reply: 60
|
"Aku Benci Uptown Danau Kota Tahap Langit Ke Tujuh" - Lelaki Berang Ke
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki mula hilang sabar dan meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir peniaga uptown Danau Kota yang bertindak ala samseng.
Lelaki yang tidak mahu identitinya didedahkan itu tidak menyangka segelintir peniaga tergamak merosakkan keretanya hanya kerana parkir di tapak niaga di uptown tersebut.
Luahan mangsa yang dikongsikan di halaman Facebook Orang Wangsa Maju mula tular di media sosial dan menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen.
Dapat dalam inbox...
Aku benci Uptown Danau Kota. Benci tahap langit ke tujuh. Aku memang dari awal tidak berkenaan dengan Uptown, tetapi bila sudah jadi macam ini, aku sudah tidak boleh sabar lagi. Ini sudah melampau.
Kalau korang tidak tahu, kawasan Uptwon ini merupakan kawasan lot kedai dan lot pejabat lama. Senang cakap, banyak orang lama yang tinggal di sini. 10 hingga 30 tahun punya cerita.
Bila Uptown muncul, awal-awal masih okay lagi. Tapi lama-lama, KO. Bagi angin satu badan saja. Tapak lot sudah diberikan, korang buka gerai korang di situ saja tidak boleh kah? Ini tidak, pasang sampai ke tempat letak kereta, lepas itu korang angin orang parkir kat situ. Korang pecahkan, calarkan, patahkan kereta milik orang lain. Apa kes?
Kononnya, Uptown ditubuhkan bagi membantu orang Melayu berniaga mencari duit lebih. Ini macam tolong ajar jadi samseng saja. Kalaulah kereta itu kacau tempat kau berniaga, setakat letak notis beritahu, tidak boleh kah?
Ini baraikan kereta orang apahal? Bukannya kita orang letak kereta berbulan-bulan pun. Mahu ribu riban duit kena keluar mahu baik pulih. Mahu minta korang duit? Memang haramlah. Korang pasti tiada duit, tu berniaga macam samseng neraka.
Semoga korang mereput dengan bisnes korang. Ini bukan kereta pertama yang korang buat. Banyak lagi kes yang terjadi sebelum-sebelum ini. Betul, korang pasti akan cakap, bukan semua peniaga samseng atau blablabla. tetapi berniaga biarlah beradab.
Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa.
Rata-rata netizen mengecam tindakan pelaku itu dan segelintir netizen yang lain pula menyarankan agar tapak perniagaan itu segera ditutup kerana sering menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Apapun alasan pelaku itu, kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan pihak pengurusan uptown berkenaan perlu memandang serius tentang kes ini. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
nak berniaga tp perangai samseng mmg keji! |
|
|
|
|
|
|
|
uptown nie mmg sesak..mcm2 org n perangai.. |
|
|
|
|
|
|
|
jopm boikot uptown...xmampus pun klu xpegi
aku sdri pun bertahun xpergi dah
benda2 tu pun ko bloeh jumpa kat psar malam je |
|
|
|
|
|
|
|
harga baju seluar pun dah nak sama butik. awal2 penubuhan je murah
|
|
|
|
|
|
|
|
dah lama tak gi uptown danau kota nie..
nak parking pun kena pau..malas la..parking atas divider yg ada rumput tu pun kena pau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin aku nk tau samseng tu berniaga apa. Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
x suka uptown. barang mahal sgt compared to sesetengah tempat. bukannya branded pun nk letak mahal2. hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
samseng nya ko..setakat meniaga kat uptown jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
segala mak nenek uptown Ai tak penah jejak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ceq suka Uptown Puchong Utama jer... stakat ni uptown yg agk sistematik dr kedai hingga ke parking lot... |
|
|
|
|
|
|
|
TUTUP UPTOWN DANAU KOTA!!!!! TUTUP!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Barang mahal.. minta kurangkan harga sikit pun tak bagi |
|
|
|
|
|
|
|
Elok sangat tutup, kadang-kadang peniaga yang pernagai tak senonoh ni lagi buat orang menyampah nak pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
perbuatan mencerminkan peribadi. Itu sajo. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau area ada uptown tu elok le elak parking kat situ. Memang macam gengster je perilaku dia orang bila kita lambat nak ubah keta, pada hal lambat je lagi masa nak mula berniaga |
|
|
|
|
|
|
|
barang mahal, ciplak gred dabel A la, triple A la.. ehh.. ehh, tetap mahal.. beli online ori pun boleh dapat lg murah.. |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah pergi Uptown ni sekali je seumur hidup. Tak tau apa yang menariknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jual benda sama aje tshirt kasut socks |
|
|
|
|
|
|
| |
|