"Masjid atau surau yang patut perlukan kebenaran penduduk pada jarak 50 meter dari kawasan perumahan sebab melaungkan azan 5 kali sehari."
Pasti umat Islam lain sedih dan kecewa apabila ada anak Melayu yang juga beragama Islam melontarkan syarat untuk laungan azan tersebut.
Menerusi akaun Twitter @ladymissazira, Azira Aziz yang juga seorang aktivis bebas memberi pandangan supaya mana-mana masjid atau surau yang berada dalam lingkungan jarak 50 meter dari kawasan perumahan sepatutnya mendapatkan kebenaran penduduk kerana melaungkan azan lima kali sehari.
Bukan itu sahaja, malah aktivis bebas ini dipercayai turut mempertikaikan keadaan trafik pada hari Jumaat iaitu ketika umat Islam berpusu-pusu menunaikan kewajipan mereka.
Foto: Twitter Azira Aziz
Pandangan wanita itu adalah susulan Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor berhubung syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam.
Sedar diri menerima kecaman ramai, Azira, bagaimanapun membuat kenyataan balas dengan mengajukan beberapa soalan untuk menjelaskan tindakannya yang hanya bermaksud sebagai tindakan menyindir.
Foto: FB Azira Aziz
Netizen pula bagaimanapun menganggap soalan diajukan Azira adalah tidak berasa kerana membandingkan isu di Malaysia dengan negara bukan Islam.
"Kau bandingkan dengan negara bukan Islam kenapa? Jangan memperkecilkan agama sendiri la," komen netizen.
Pendapat aktivis bebas itu dikecam keras netizen yang menyifatkannya sebagai seorang Islam liberal.
Foto: Foto: Twitter Azira Aziz
Foto: FB
Kemunculan kumpulan aktivis bebas di negara kita semakin lama semakin mengelirukan masyarakat dengan pendapat mereka yang berada 'di luar kotak' dan perkara ini sangat membimbangkan. Apa pendapat anda? - CARI |