|
Sering berasa stres dan juga pening-pening? Apa kata letakkan buah oren atau lemon di sebelah meja anda. Terasa bimbang dan resah bila berada di kawasan sempit? Ciumlah bau timun. Mahu turunkan berat badan? Sedutlah bauan epal hijau yang menyegarkan.
Inilah kelebihan aroma daripada bunga, herba dan juga buah-buahan yang ramai tidak tahu. Bukan sahaja ia menyegarkan, bauannya juga boleh membuatkan minda terasa tenang, bebas daripada perasaan bimbang dan membuatkan tidur lebih lena.
Pendek kata, bauan daripada bunga, herba dan buahan merupakan terapi paling berkesan. Malah, pakar menjangkakan pada masa hadapan terdapat rawatan untuk penyakit yang dibuat berdasarkan bauan ini.
Sebenarnya aroma yang dihidu mampu memberi kesan kepada kepada otak. Ia seterusnya membantu mengawal tekanan darah, degupan jantung, pernafasan, memori, tahap stress dan keseimbangan hormon.
Jom, apa kata anda cuba tiga bauan berikut, ia dapat membantu memulihkan banyak masalah, seperti yang dipaparkan menerusi laman Express UK:
1. Epal hijau
Kajian mendapati bauan epal hijau mampu membantu mengawal tekanan darah dan meredakan migrain. Terdapat juga kajian yang dilakukan terhadap 3,139 pesakit berat badan, mereka diberi bauan epal hijau ketika lapar, dan ternyata mampu menyekat selera makan. Selepas 6 bulan mereka turun antara 5lb hingga 30lb.
2. Buah oren
Bauan oren mampu memberi kesan yang menenangkan terutamanya di kalangan wanita. Terdapat ujian dilakukan terhadap pesakit yang datang ke klinik gigi, mereka berasa lebih positif dan tenang bila adanya bauan oren ini.
3. Timun
Eksperimen dilakukan terhadap pesakit yang berasa takut dengan keadaan sempit, berasa lebih tenang selepas diberikan kapas yang dicalit minyak timun pada hidung mereka, ketika menjalani ujian MRI. - CARI |
|