|
Setelah 14 hari, tempoh percubaan dilaksanakan, sistem mata demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) secara rasminya berkuatkuasa pada Sabtu lalu iaitu 15 April.
Melalui sistem ini, pesalah akan diberi amaran, digantung atau batal lesen akibat kesalahan melanggar peraturan lalu lintas seperti memandu laju dan melanggar lampu isyarat.
Sekiranya pemandu telah mengumpul sehingga 100 mata demerit, lesennya akan dibatalkan.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, semua kawasan yang dipasang kamera litar tertutup CCTV akan melaksanakan sistem mata demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas), sekiranya pemandu didapati melanggar undang-undang lalu lintas, potongan mata demerit dan notis saman akan diadakan serentak.
Tambah beliau, pengguna jalan raya boleh melayari laman sesawang rasmi Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) untuk mengetahui lebih lanjut dan maklumat terkini berhubung pemotongan mata demerit.
sumber foto: Facebook
Selain itu, Jumaat lalu, JPJ telah meuat naik satu gambarajah yang menunjukan cara pemotongan mata demerit yang jelas dalam usaha memberi kesedaran buat semua pengguna jalan raya.
Menurut laman sesawang rasmi JPJ, jika baut kali pertama dipotong 20 mata demerit, pesalah itu akan diberi amaran. Kali kedua dipotong 20 mata demerit, lesen seseorang pesalah itu akan dibeku selama enam hingga lapan bulan.
Kalau dipotong 20 mata demerit untuk kali ketiga, lesen itu akan dibeku antara lapan hingga 10 bulan. Manakala jika dipotong 20 mata demerit untuk kali keempat, lesennya akan dibeku antara 10 hingga 12 bulan.
Sekiranya dipotong mata demerit untuk kali kelima, lesen pesalah itu akan dibatalkan dan hanya boleh dibenarkan memohon semula selepas satu tahun.
Sebarang kemusykilan, orang ramai boleh emel ke alamat [email protected] untuk bertanya.- CARI
|
|