CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10647|Reply: 62

budak manja @ mak bapak tak ajar @ aku yang over?

[Copy link]
Post time 18-4-2017 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by wanawina at 19-4-2017 09:02 AM

Assalamualaikum. Maafkanlah aku yang belum kahwin dan belum ada anak ni atas tajuk benang di atas.

Cerita dia mcm ni. Aku sekarang ni duduk dalam satu rumah dekat kampung, yang ahlinya adalah aku, mak aku dan nenek aku. Ada ramai lagi ahli lain tapi sumanya balik time cuti or time raya. Tapi ada mak sedara aku sorang ni yang tinggal memang dekat dengan kitorang. Dah kawin ada anak 2. 2 2 dah sekolah. Laki bini kerja besar, so bila kerja besar korang paham-pahamla. Yes, diorang busy. Tapi aku rasa mostly diorang pura-pura busy. Haha. Jahatnya aku.

Budak-budak ni sekolah rendah yang sama. Sepasang lelaki dan perempuan. Kakak dan adik. Kakak darjah 3, adik darjah 1. Dulu diorang satu family duduk sini. Tapi pak sedara aku tu cakap nak berdikari, jadi diorang pun pindah la, 5 minit dari rumah kami. Rumah ni rumah nenek aku. Bila budak-budak balik sekolah naik bas, diorang akan duduk rumah nek aku sbb kalau balik rumah diorang, tak ada orang. Aku dulu sebelum start berkuntum kat rumah mmg tak tahu habit diorang. Sebab diorang baru dlm setahun cam tu pindah.

Balik je diorang dari sekolah, benda pertama diorang buat adalah pasang TV. Channel kartun. Dua-dua tercongok depan TV. Lepas tu diorang akan keluarkan ayat, 'nek, nak nasi. lauk ayam.' sambil mata diorang mmg depan tv. Lalu bangun la nek aku yang dah tua ni bubuh nasi dalm pinggan, lauk ayam, dan letak depan diorang yang dekat tv. Makanla dua beradik. Dah habis makan diorang letak atas meja. Bukan sinki eh.

Aku cakaplah dekat si kakak, suruh basuh pinggan. Dia cakap tak nak pergi dapur. Takut. Aku macam what???

Drama tak berhenti kat situ okeh. Setiap hari nek aku akan masak tiga-empat lauk walaupun dalam rumah ada tiga orang, yang selalunya kitorang makan satu lauk satu sayur je. Aku masa awal-awal dulu tanyalah, kenapa masak banyak lauk. kadang-kadang ayam sampai dua jenis. Sebab mak sedara aku tu amik lauk bwk balik makan rumah (sebab diorang lepas balik kerja, amik anak-anak kat rumah nenek aku). Dan nenek aku akan decide, ayam masak merah utk sapa, ayam masak kuning utk sapa, ayam mak kau hijo utk sapa. kalau lauk tak de, especially untuk budak-budak tu, diorang akan terus tantrum kat situ. yang paling aku sakit hati, yang darjah satu tu makan bersuap tau. nek aku suapkan. pernah aku kena suruh suap. aku mulanya agak gegeli nak suap mulut budak besor, wpun aku penah suap dia masa dia baby. dia tak nak. katanya tangan aku tak sedap. pui.

tu baru bab makan. bab mandi kena berteman (ya sbb diorang ni penakut ya amat. aku pun tak tahu nape. bilik air terang benderang pun tak denya dia nak tutup pintu time mandi). bab cakap dengan nek aku tengking-tengking.

ada time mmg aku tampo betis or lengan diorang. tapi diorang tak kisah weh! yang aku tahu parents diorg mmg tak rotan diorg. tapi yala aku pun x berani nak tampo lebih. nnt jadi apa pulak.

Aku pelik gak kenapa mak aku dah jarang masuk dapur, sebab dulu mak aku mmg kerap masuk dapur tolong nek aku. tapi sekarang tak lagi dah. aku pun korek senyap2. mak aku cakap, ada sekali tu dia masak sbb nek aku tak sihat. mak aku masak satu jenis lauk je dengan sayur tapi dlm kuantiti yang banyak sbb tahu nnt diorang nak amik bwk balik. guess what? diorang dengar je mak aku masak, tak jadi amik lauk. sbb bukan lauk diorang selalu makan. lauk yg byk tu mak aku ckp panaskan sampai dua tiga hari. yang bestnya, nek aku yang tgh sakit tu, terus bangun masakkan utk diorang.sejak tu mak aku jelak dah nak masuk dapur.

nek aku selalu ngadu kat aku, sakit itu ini. aku nak bwk dia pegi klinik dia tak nak. pegi physio pun tak nak. aku suruh dia terus terang pun dia tak nak. nnt merajuk, tak nak balik dah.

sekarang ni ada tak cara aku nak atasi masalah nenek aku kena buli ni? atau nak bagi budak-budak ni insop sikit sbb mak bapak diorang rasanya tak kisah pun.

tolongla aku. kesian kat nek aku. tapi geram jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
barang2 basah yg nenek TT beli sape yg beli? camne bole mak sedara letak anak2nya kt situ? nenek ke yg offer nk jaga lebih abis waktu sekolah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
zuri154 replied at 18-4-2017 10:33 PM
barang2 basah yg nenek TT beli sape yg beli? camne bole mak sedara letak anak2nya kt situ? nenek ke  ...

nenek aku beli pakai duit pencen. aku rasa nek aku tak ada agreement pape pun dgn mak sedara aku tu. maybe mak sedara aku tu yg buat2 tak paham dan tak nampak. nenek aku pulak never say never konsepnya.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Euwww..jahanamnya perangai mak sedara ko.

Sorry, termaki
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:20 PM | Show all posts
hantar rumah org tua nenek. ajak masuk aktiviti sosial kt rumah org tua..

bukan semua org tua terbiar tp mereka suka berkawan bersosial.. bagi cucu dia dua org membesar dengan berdikari..

akak cucu kesayangan belah mak.. pernah kena kejar dengan buluh ada sabit oleh atuk sebab tak hafal sifir 13.. akak sound arwah atuk dia pun xhafal siap tekan kalkulator ada hati nak suruh cucu hafal ilmu hisap.. banyak2 ilmu, matematik je dia suka tanya akak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dan mak jela yg masak utk korang. Take it or leave it mak sedara tu. Tapi tahu mesti nenek ko tak sampai hati nak buat macam tu kat cucu2 dan anak dia sebab tu dia sanggup.

Ce try sehari dua korang yg masak dengan alasan nenek sakit?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2017 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tak yah cakap apa la tt..
mak jenis yg lembik ni, walau macam mana jahanam pun anak dorang, walau dok merungut macam mana pun pasal anak dorang, dorang akan tetap terus menghambakan diri sampai mati..
selagi pakcik makcik tt tak usik tak menyusahkan tt dan mak tt, biarkan je la nenek tu melayan kerenah anak menantu cucu hantu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mgkin yg da pngalaman atau pandangan lbih bernas bole share dgn kawan...info y baik dijadikan pmbelajaran untuk y blom da pengalaman mcm nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 01:27 AM | Show all posts
macam mak aku la
asal weekend je cucu2 dia siap telepon lagi order nak makan apa .. mak aku pun masak la untuk depa.. sekali ngan mak bapak diaorang... ni kira anak2 abang aku la ni.. umur dalam sekolah rendah lagi..
pastu datang la segerombolan keluarga membuli mak aku, nak nasik la, nak kuah la, nak ikan/ayam, nak air teh la, nak telur  goreng, nak telur rebus etc ... sambil menghabiskan nasi n lauk pauk yang sedia ada.. dan juga buat sepah tak reti kemas lepas makan..
duit tak bagi, bahan2 basah tak bagi..
aku penah try sound sekali kat abang aku tu.. thru whatsapp.. cakap baik2 aje..
tapi mak aku marah aku pulak.. dia kata lain kali tak payah cakap apa2.. tapi sebelum tu dia yang bising2 mengadu penat la, abang tak beli apa2 n tak hulur duit la walaupun selalu datang makan2 sekeluarga..dah aku plak kena marah.. im just being protective n taknak mak penat kena buli lagi..
skrg ni aku lantakkan diorang je laa.. malas aku nak pening2
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 05:02 AM | Show all posts


so i think  , tak pe jangan marah anak buah - just ajaq depa memasak...

dah besar dah  tu ...ajaq depa pi pasar , ajaq depa  yg makanan ni harga macam macam ni ...duit ada banyak

pelan pelan....


sabar sabar ....


that means u ada peluang nak ajaq depa sikit supaya jgn buat perangai macam ni

sebab ini dimanjakan

ada org tolong buat semua

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-4-2017 11:20 PM
hantar rumah org tua nenek. ajak masuk aktiviti sosial kt rumah org tua..

bukan semua org tua ter ...

tak sampai hati pulk nak anta rumah org tua. lagipun ni rumah dia. plus mmg arwah ayah pesan duduk dgn nek. nek dah tua. jagala dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2017 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 18-4-2017 11:26 PM
Ko dan mak jela yg masak utk korang. Take it or leave it mak sedara tu. Tapi tahu mesti nenek ko tak ...

aku dah penah try. sbb mmg nek aku ad je x sihat. jadi aku n mak aku je masak. diorang tak makan weh. nnt nek aku kesian. dia la pegi masak.  :zz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2017 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-4-2017 11:30 PM
tak yah cakap apa la tt..
mak jenis yg lembik ni, walau macam mana jahanam pun anak dorang, walau d ...

ada je part yg aku pun terlibat sama dalam babysit budak2 ni. tapi aku mcm fikir takpelah. walaupun sakit kepala nak menjaga, aku anggap mcm challenge jela.   tapi risau gak aku nnt bila aku dah bekerja balik, nnt mak aku pulak teruk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2017 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 19-4-2017 01:27 AM
macam mak aku la
asal weekend je cucu2 dia siap telepon lagi order nak makan apa .. mak aku pun mas ...

serius msalh kau, sejibik sejibun macam aku.  

makan x reti basuh hokeh. tinggal je bersepah. kalau la diorang kat meja makan, aku mmg x join makan. sbb nnt diorang akn longgok je kat aku. sbb tu aku slalu makan sblum diorg makan dan bukan kat meja makan. lepas tu mmg jenis habiskan lauk. bukan anak2 je habiskan. mak bapak pun sama.  : diorang jenis malas basuh bekas makanan, jadi even ada bawang dlm tu pun, tinggal je bwh tudung saji.   :
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2017 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 19-4-2017 05:02 AM
so i think  , tak pe jangan marah anak buah - just ajaq depa memasak...

dah besar dah  tu ... ...

penah je ajak yg kakak tu masak. for now dia reti buat toast. tapi bila nak goreng2 mcm telur, mak dia tak bagi. sbb mak dia pun x goreng. takut minyak merecik katanya.  :zz tapi for now mmg ajar budak2 tu basuh pinggan, pinggan letak dlm sink. cuma tak tau cane nak buang penakut diorg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:02 AM | Show all posts
wanawina replied at 19-4-2017 08:53 AM
tak sampai hati pulk nak anta rumah org tua. lagipun ni rumah dia. plus mmg arwah ayah pesan duduk ...

hantar budak 2 ekor tu sekolah asrama penuh. pakat dengan warden jgn bagi dia org outing atau balik. minta warden buli ragging sampai terkincit cirit ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2017 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-4-2017 09:02 AM
hantar budak 2 ekor tu sekolah asrama penuh. pakat dengan warden jgn bagi dia org outing atau bali ...

aku mintak diorg pegi kem dlm hutan  je dua tiga hari. biar insop sikit.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:10 AM | Show all posts
wanawina replied at 19-4-2017 09:05 AM
aku mintak diorg pegi kem dlm hutan  je dua tiga hari. biar insop sikit.

anak buah akak pernah kena kurung dalam reban ayam sampai 11 malam. insaf terus jd budak nakal.. meraung raung nangis..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:34 AM | Show all posts
Edited by chinta89 at 19-4-2017 09:40 AM

ak tgk mak sedara aku.. dia ade sorg ank pompuan jenis x reti bahasa. ak namakan nor. si nor ni anak 5 org. dulu PJJ ngn laki skg dh duk sama2 serumah.

mak sdra ak ni oleh sb syg cucu sgttttttttttttttttttt, lps pencen dia la pengasuh cucu2. dh besar drjah 4-5 makan bsuap, mandi kena nenek buatkan, makan nenek suapkan, baju cucu2 semua nenek iron, masak pun nenek diorg settlekan malah anak menantu pun blk mkn yg dh siap, nenek kemaskan pinggan mangkuk basuh2 semua, alasan anak n menantu x larat dh sb penat blk kja.. dh la duit bulanan diorg x cukup nk tampung hidup, maka mak sdra aku a.k.a nenek budak2 ni habiskan duit pencen gaji bulanan.. sb nya? anak dan menantu x cukup duit memandangkan anak dh 4-5 org semua kecik2 lagi2 diorg ade kembar mmg agak sesak la nk beli pampers dan lain2.. bagi aku, sepatutnya dh ko jadikan mak ko hamba abdi jaga anak2 ko yg buas lagi manja, patut ko yg bg duit bulanan lbh.. ini tak, lagi mak ko yg keluarkan duit pencen nk sara ko, laki ko, anak 5 org??

yg ak geram, bila cucu ckp "nenek jgn duduk!!" nenek dia x duduk maka bdirilah si nenek sampai sakit bdn org tua tu. ko bayang la, kalau nenek duduk nt anak2 dia mengamuk mcm org gila. guling2 mcm xde otak. kalau bulan puasa, diorg merengek panjat bdn nenek diorg, x bg buka puasa. kalau makan atau minum diorg pukul dan mengamuk.

ak rse kes mak sdra aku lagi sedih dari hidup ko tt

mana2 skg pun ak rse org bekerja skg ni mmg ramai jadikan mak pak org gaji tanpa sedar. dah la anak2 tu mak pak tlg jaga, lagi bab kewangan makpak kena belikan utk cucu itu ini? dan lagi ko blk kja tau nk mkn je ape yg mak ko masak??? dah x tlg masak, mak plk kena sdiakan lauk lebih utk ko anak derhaka bsama cucu2 lahanat mcm ni????

ak rse ramai sgt x sedar diorg dh aniaya mak pak sdiri. spt kes tt, sb tu nenek xnk bgtau kat mak sdra tu. nt anak kecik hati, x nk dtg rmh.. org tu hati sensitif, diorg lagi rela jadi "kuli kepada tuan" dan rela sakit2 badan jadi org gaji utk ngasuh cucu, suap mknan cucu, masak utk cucu.. sb ape? sb x nak anak sisihkan diorg. kalau anak jns reti bahasa, anak x buat mcm ni. ko pandai beranak. pandai la cri sklh transit utk sesi ptg lps budak2 hbs sklh smntara tgu korang laki bini habs kja ptg.

dasar anak derhaka tanpa sedar!

utk tt, sori ak xde idea.. sb kalau nenek ko bsuara/atau ko sdiri, nt kompem jdi gaduh. kompem nenek ko akan sokong mak sdra ko supaya jgn ambik ati ngn teguran ko/mak ko dan dia sanggup je ngasuh cucu2 bserta siapkan mknan lauk ayam hijau,ayam masak merah, ayam masak kuning dan warna2 lain demi anak dan cucu. sbb? sb ak jumpa ramai dh jenis nenek2 mcm ni..

ak xde idea nk tlg ko. pity for ur nenek
just share pengalaman... smoga tt tabah.. ak tau tt sakit hati n sedih sb nenek jadi mcm babu. diperlakukan sesuka hati..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 10:31 AM | Show all posts
terpanggil nak cite kes Ai..

Dulu anak2 Ai pun my MIL yang nak jaga sangat2 lepas pencen padahal elok je anak2 Ai duduk rumah pengasuh sejak kecik. Anak Ai dah besar sorang darjah 1 sorang 5 tahun tp dah tadika. Memang atok nenek layan macam tu. Masak ape yang cucu2 nak makan. Ade time nak makan secret recipi pun atok nenek bawak. Anak2 Ai sekolah petang, sebelum pegi sekolah siap tengok katun. Makan bersuap, mandi pun nenek mandi kan.

Hancur hati tengok anak tak de displin macam tu. Lama2 Ai pikir sebelum anak2 Ai jadi lagi jahanam baik Ai buat sesuatu. So nak jadi cite Ai pregnant. Cukup setahun je my MIL asuh anak2 Ai, lepas beranak Ai hanta balik anak3 Ai skali dengan baby ke rumah pengasuh. Alasan kesian nenek kene jaga baby.

Dalam pada my MIL jaga anak2 Ai, adik ipar Ai dengki jugak sebab tak jaga anak die. yela anak die baby, susah kot nak bawak pegi makan kat secrect recipi. Bila Ai dah tak hanta anak2 ke MIL, SIL Ai pulak letak anak die yang lasak ya amat sampai my MIL migrain ...

Tak kisah la.. Janji Ai dah selamatkan anak2 Ai... kesimpulannye.. nenek memang suke manjakan cucu2.. Ade kawan Ai penah cakap.. Kalau ade anak jangan bagi nenek atok jaga.. nanti boleh jahanam... Ade betulnye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.365349 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list