Kek Pandan ni sebenarnya berasal dari tok nenek moyang kita di Malaysia atau Singapura ya?
Memetik World of Buzz, CNN baru-baru ini membuat satu senarai kek kebangsaan seluruh dunia. Dan lihatlah! Kek Pandan kita juga diakui hebat kerana turut tersenarai dalam carta berkenaan.
CNN menyifatkan kek yang diserikan dengan warna hijau pandan itu sangat lembut, malah apabila digandingkan dengan warna dan perasa pandan ia menjadi kek yang sangat enak.
Turut tersenarai adalah Pavlova dari New Zealand, Tiramisu (Itali), kek lapis (Indonesia), Dorayaki (Jepun) dan Ma Lai Go (Hong Kong).
Haruslah berbangga kerana salah satu kek tradisi Malaysia tersenarai sebagai salah satu kek terbaik dari seluruh dunia. Atau anda tak kisah sebenarnya? Janji makanan. Ada juga orang begitu, bukan?
Bangga memang bangga, cuma yang tak seronoknya apabila juri tidak dapat memastikan sama ada kek pandan ini sebenarnya berasal dari Malaysia atau Singapura.
Jadi, apa yang mereka lakukan adalah meletakkan kek pandan di bawah nama Malaysia/Singapura.
Foto: CNN
Sebagai anak jati Malaysia, pasti kita rasa tidak puas hati, bukan? Dan perkara ini jelas dipaparkan portal berkenaan.
"Rakyat Malaysia ni jenis 'cool' saja. Tapi jangan main-main bab makanan ni terutama asal-usulnya.
"Terang-terang kek pandan ni kami punya lah CNN!" tulisnya.
Selain 'menegakkan hak' masing-masing, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan kek pandan berasal dari Indonesia.
"Kek pandan berasal dari Indonesia sebab mereka sering mendakwa 'semuanya' datang dari mereka termasuk POPIA!" komen netizen.
Foto: FB Malaysian Digest
Mungkin orang Singapura belajar resipi dan teknik membuat kek pandan ketika sebelum Singapura berpisah daripada Malaysia. Siapa tahu, bukan? - CARI |